Tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap penyembilahan halal

Khamisah Pasha Jamman (2013) Tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap penyembilahan halal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002329.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar UMS mengenai konsep penyembelihan halal. Seramai 370 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. lebih daripada separuh responden iaitu seramai 197 orang (53.1%) daripada 370 orang responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana mengenai konsep penyembelihan halal. 142 orang (38.3%) responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan penyembelihan halal dan hanya 31 orang (8.4%) sahaja yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji sikap dan amalan pelajar dalam pemilihan produk penyembelihan halal. Sikap dan amalan pelajar menunjukkan respon yang positif kerana nilai min bagi keseluruhan sikap ialah 4.5 manakala amalan memberikan nilai min sebanyak 4.4. Terdapat hubungan yang signifikan (X2, p<0.05) antara jantina responden dengan pengetahuan mengenai penyembelihan halal. Tiada perkaitan yang kuat antara pengetahuan terhadap sikap (rs=0.366,p=0.000) dan amalan (rs=0.341,p=0.000) pelajar tetapi terdapat perkaitan yang sederhana (rs=0.593, p=0.000) antara sikap dan amalan pelajar terhadap pemilihan produk produk penyembelihan halal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: knowledge, halal slaughtering, attitudes and practices
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Oct 2014 15:27
Last Modified: 13 Oct 2017 14:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9694

Actions (login required)

View Item View Item