Siti Nur Fajrina Rusman (2013) Tahap kepuasan golongan dewasa muda terhadap pengalaman menjamu selera di restoran kasual sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002346.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan golongan dewasa muda semasa menjamu selera di restoran kasual. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Sepuluh buah restoran kasual dan seramai 375 responden, iaitu golongan dewasa muda (18 tahun hingga 33 tahun) terlibat dalam kajian ini. Keputusan diperolehi menunjukkan bahawa kualiti makanan di restoran kasual sekitar Kota Kinabalu adalah mencapai tahap kepuasan pelanggan dengan min 4.07±0.46. Manakala bagi kualiti perkhidmatan dan suasana restoran pula hanya mempunyai min 3.71±0.56 dan 3.97±0.52 secara masing-masing, menandakan restoran kasual di Kota Kinabalu masih tidak mencapai tahap kepuasan pelanggan dalam dua aspek ini. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan signifikan di antara kualiti makanan, kualiti perkhidmatan dan suasana restoran dalam mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | satisfaction level, young adult, casual restaurant, dining experience, food quality, service quality, customer satisfaction |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Oct 2014 14:46 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 15:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9785 |
Actions (login required)
View Item |