Pembangunan produk jeli pegaga (Centella asiatica)

Raiha Rosmin (2013) Pembangunan produk jeli pegaga (Centella asiatica). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002347.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk membangunkan produk baru iaitu jeli pektin pegaga. Pengformulasian jeli ini adalah berasaskan pengubahsuaian dari segi peratusan pegaga (0.5%, 2.5% dan 4.5%) dan gula (30%, 35% dan 40%). Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan dan 3 formulasi terbaik dipilih berdasarkan jumlah skor. Seterusnya ujian hedonik dijalankan untuk memilih satu formulasi terbaik daripada tiga formulasi. Berdasarkan ujian hedonik, F3 mempunyai nilai skor yang tertinggi untuk kebanyakan atribut. Namun begitu, F2 mempunyai nilai skor yang tidak signifikan (p>0,05) dengan F3. F2 telah dipilih sebagai formulasi terbaik kerana kandungan gulanya yang rendah. Melalui ujian hedonik, F2 dipilih sebagai formulasi terbaik dengan nilai skor min 5.08±1.33 dalam atribut warna, 4.93±1.16 untuk aroma, 4.83 ±1.60 untuk tekstur, 4.98 ±1.35 untuk kemanisan, 4.70±1.09 untuk rasa pegaga dan 5.10±1.28 untuk penerimaan keseluruhan. F2 mempunyai 0.5% pegaga, 35% gula, 28% glukos sirap, 0.5% asid sitrik dan 1.5% pektin. Analisis fizikal menunjukkan nilai pH adalah 3.44±0.01, jumlah pepejal larut adalah 76.30±0.14 dan kandungan asid tertitrat 0.74±0.01. Analisis kimia menunjukkan bahawa produk akhir mengandungi kandungan protein sebanyak 0.16±0.00, serabut kasar sebanyak 0.02±0.01, kelembapan 16.60±0.28, abu 0 dan karbohidrat sebanyak 83.23±0.28. Ujian mutu penyimpanan menunjukkan nilai pH, kandungan asid tertitrat dan kelembapan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) manakala jumlah pepejal terlarut pula menunjukkan perbezaan yang signifikan sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian penilaian sensori menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara sam pel segar dengan sam pel yang disimpan pada minggu ke-4 dan ke-8. liada pertumbuhan koloni dapat dilihat sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian pengguna ke atas responden menunjukkan terdapat seramai 72% responden suka makan produk ini. Didapati jangka hayat jeli pegaga adalah lama dan mampu diketengahkan di pasaran jika formulasi diubahsuai mengikut citarasa pengguna.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pennywort, pegaga, hedonic test, long shelf life, formulation
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Oct 2014 14:45
Last Modified: 13 Oct 2017 15:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9786

Actions (login required)

View Item View Item