Pemakanan parenteral: Implikasi terhadap status pemakanan pesakit di NICU, HWKKS

Mohd Rudaini Hamzah (2013) Pemakanan parenteral: Implikasi terhadap status pemakanan pesakit di NICU, HWKKS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002349.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penggunaan pemakanan parenteral oleh pesakit di hospital di Malaysia adalah semakin meningkat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan pemakanan parenteral terhadap status pemakanan pesakit di Unit Jagaan Rapi Neonatal, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (NICU, HWKKS). Tahap pengetahuan dan sikap ibubapa/penjaga pesakit yang diberikan pemakanan parenteral juga turut dinilai. Seramai 14 pesakit yang menggunakan pemakanan parenteral diambil sebagai subjek kajian. Penilaian antropometri (berat badan, panjang dan lilitan kepala) dilakukan ke atas pesakit pada hari pertama, ke-4, ke-7, ke-10 dan ke-14 penggunaan pemakanan parenteral. Penilaian biokimia (Hb, Na, K, urea) juga turut dilakukan ketika tempoh penggunaan pemakanan parenteral. Penilaian antropometri menunjukkan penurunan berat badan yang signifikan (p<0.05) berlaku pada hari ke-4 namun peningkatan semula berlaku pada hari ke- 7, ke-10 dan ke-14 manakala panjang dan Iilitan kepala subjek didapati semakin meningkat pada hari ke tujuh dan ke-14. Penilaian antropometri pesakit mempunyai kolerasi positif yang signifikan (p<0.05) dengan pengambilan tenaga, karbohidrat dan protein. Nilai min untuk data biokimia subjek juga adalah normal disepanjang tempoh penggunaan pemakanan parenteral. Seramai 19 orang telah terlibat sebagai responden dalam penilaian tahap pengetahuan dan sikap. Tahap pengetahuan ibubapa/penjaga adalah tidak memuaskan namun majoriti mereka mempunyai tahap sikap yang baik. Secara umumnya, status pemakanan subjek didapati semakin meningkat selepas diberikan pemakanan parenteral diantara tempoh seminggu hingga dua minggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Parenteral nutrition, Neonatal Intensive Care Unit, attitude level, knowledge, nutritional status
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Oct 2014 13:05
Last Modified: 13 Oct 2017 15:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9788

Actions (login required)

View Item View Item