Cheng, Yueh Fang (2013) Pembangunan teh herba campuran rumpai laut (Kappaphycus Alvarezii), mahkota dewa (Phaleria Macrocarpa) dan serai (Cymbopogon Citratus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002351.pdf Download (15MB) | Preview |
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan teh herba dengan bahan tempatan iaitu rumpai laut merah (Kappaphycus alvarezii), mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) dan serai (Cymbopogon citratus). Teh herba dihasilkan dengan mencampurkan ketigatiga jenis bahan ini yang telah dikeringkan pada suhu 40°C. Formulasi yang terbaik telah dipilih daripada sembilan formulasi yang dibentuk melalui ujian pemeringkatan BIB dan ujian hedonik. FS yang mengandungi 30% K. alvarezii, 35% P. macrocarpa dan 35% C citratus telah dipilih sebagai formulasi terbaik dengan mengambil kira nilai min dan kos pengeluaran. Analisis antioksida menunjukkan bahawa teh herba mengandungi 14.69 ± 0.30 mg GAE/g kandungan polifenol, 1.41 ± 0.06 mg CE/g kandungan flavonoid, 49.54 ± 0.46% perencatan radikal (DPPH) dan 1055.86 ± 457.40 mg FE/g kuasa penurunan ferik (FRAP). Analisis fizikokimia menunjukkan bahawa teh herba mengandungi kandungan natrium dan kalsium yang tinggi iaitu sebanyak 5.84 ± 0.01 mg/l00 ml dan 2.58 ± 0.01 mg/100 ml. Teh herba juga mengandungi kalium, ferum, zink, magnesium dan kuprum dalam kuantiti 0. 15 ± 0.00, 0.01 ± 0.00, 0.01 ± 0.00, 0.09 ± 0.00 dan 2 x 10-4 mg/l00 ml masing-masing. Ujian aktiviti air menunjukkan bahawa teh herba tidak mempunyai perbezaan yang signifikan (p>0.05) dari segi aktiviti air sepanjang lapan minggu kajian mutu simpanan. Selepas lapan minggu tempoh penyimpanan, ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa teh herba yang dihasilkan adalah selamat untuk diminum. Ujian perbandingan berganda tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi semua atribut yang dikaji selepas lapan minggu. Ujian pengguna menunjukkan penerimaan yang agak baik kerana 72% responden sanggup membeli produk ini jika ia dipasarkan. Kesimpulannya, teh herba ini mempunyai potensi pemasaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | herbal tea, red seaweed, mahkota dewa, lemongrass, formulation, antioxidant test |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 27 Oct 2014 13:02 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 15:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9795 |
Actions (login required)
View Item |