Tinjauan mengenai amalan pengambilan air kelapa muda oleh etnik Kadazan Dusun di Kota Kinabalu, Sabah

Lizie S. Gintoron (2013) Tinjauan mengenai amalan pengambilan air kelapa muda oleh etnik Kadazan Dusun di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002373.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai amalan pengambilan air kelapa muda oleh etnik Kadazan Dusun di Kota Kinabalu Sabah telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur pengambilan, tahap penerimaan, faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan dan tahap pengetahuan etnik Kadazan Dusun mengenai kelapa dan air kelapa muda. Seramai 400 orang responden mengambil bahagian dalam kajian ini. Seramai 349 responden (87.25%) mengambil dan 51 (12.75%) responden tidak mengambil air kelapa muda. Terdapat hubungan yang signifikan antara pengambilan air kelapa muda dan jantina responden (X²=0.002) dimana lebih ramai responden lelaki yang mengambil air kelapa muda (n=185, 53%). Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pendapat mengenai faktor yang akan mempengaruhi pengambilan air kelapa muda diantara responden lelaki dan responden perempuan iaitu faktor cuaca (p=0.01, Ujian Mann-Whitney), hilangkan dahaga (p=0.02, Ujian Mann-Whitney), kebersihan (p=0.02, Ujian Mann-Whitney), minat (p<0.05, Ujian Mann-Whitney) dan ingin mencuba (p=0.01, Ujian Mann-Whitney). Dalam tahap pengetahuan mengenai kelapa dan air kelapa muda, terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden yang mengambil dan yang tidak mengambil air kelapa muda (p<0.05, Ujian Mann Whitney) dengan yang mengambil lebih tinggi skor pengetahuannya. Di antara responden lelaki dan responden perempuan pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di dalam pengetahuan mereka mengenai kelapa dan air kelapa muda (p=0.311, Ujian Mann Whitney). Kesimpulannya, di kalangan lelaki dan perempuan Kadazan Dusun di Kota Kinabalu, mereka mempunyai pendapat yang berbeza mengenai faktor cuaca, hilangkan dahaga, kebersihan, minat dan ingin mencuba dalam mempengaruhi amalan pengambilan air kelapa muda mereka. Orang Kadazan Dusun yang mengambil air kelapa muda ternyata lebih berpengetahuan mengenai kelapa dan air kelapa muda maka promosi mengenai kebaikan air kelapa muda dan potensi pokok kelapa ini perlu diperbanyakkan untuk mempromosi manfaatnya dan kebaikannya dapat digunakan sepenuhnya di dalam pelbagai industri.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: young coconut water, Kadazan Dusun ethnic, consumption, level of acceptability, awareness
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Oct 2014 11:48
Last Modified: 13 Oct 2017 15:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9833

Actions (login required)

View Item View Item