Nur Liyana Nordin (2013) Kesan penambahan tepung bayam merah (Amaranthus Gangeticus Linn.) Terhadap sifat fizikokimia dan organoleptik biskut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002379.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Penghasilan biskut bayam merah terdiri daripada 0% TBM, 4% TBM, 8% TBM, 12% TBM, 16% TBM dan 20% TBM. Analisis kimia (analisis proksimat dan penentuan kandungan magnesium (Mg) dan zink (Zn), analisis sifat fizikal biskut dan penilaian senseri (ujian penerimaan) dijalankan ke atas semua formulasi biskut. Bagi analisis proksimat, kandungan lembapan dan karbohidrat menurun dengan peningkatan penambahan tepung bayam merah di dalam biskut. Manakala, kandungan protein dalam biskut didapati meningkat secara signifikan (p<0.05) daripada 6.61 ± 0.00 % kepada 9.09 ± 0.02 %. Kandungan lemak, abu, serat kasar dan tenaga juga meningkat dengan peningkatan penambahan tepung bayam merah di dalam biskut Bagi analisis mineral, kandungan magnesium (Mg) dalam tepung bayam merah didapati lebih banyak iaitu 11.96 ± 0.01 mg/100g berbanding dengan kandungan zink (Zn) iaitu 10.90 ± 0.14 mg/l00 g. Biskut menunjukkan peningkatan kandungan magnesium (Mg) dan zink (Zn) dengan peningkatan penambahan tepung bayam merah. Dalam analisis sifat fizikal biskut, faktor penyebaran biskut menurun dengan peningkatan penambahan tepung bayam merah daripada 8.25 ± 0.02 kepada 7.73 ± 0.08. Manakala, ketumpatan dan daya kepatahan biskut meningkat dengan peningkatan penambahan tepung bayam merah di dalam biskut. Warna biskut yang melibatkan sistem CIE L *a*b* menunjukkan penurunan nilai warna kepada gelap, kehijauan dan kebiruan dengan penambahan tepung bayam merah. Penilaian senseri (ujian hedonik) menunjukkan biskut bayam merah Fl (4% TBM) paling diterima dari segi rasa daun bayam merah, kerangupan, aftertaste dan penerimaan keseluruhan
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | red spinach powder (RSP), cookies, formulation, organoleptic |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Nov 2014 13:01 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 15:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9858 |
Actions (login required)
View Item |