Loh, Jia Ying (2013) Potensi beberapa spesies rumpai laut (Kappaphycus alvarezii dan Eucheuma denticulatum) sebagai sumber prebiotik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002382.pdf Download (13MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan sifat prebiotik spesies rumpai laut Kappaphyccus alvarezii dan Eucheuma denticulatum. Polisakarida rumpai laut diekstrak melalui kaedah air panas dan enzyme-assisted extraction (EAE). Selepas itu, ekstrak polisakarida dirawat dengan hidrolisis asid sulfurik yang berkepekatan 1.38 M dan 2 M untuk tempoh 1, 2 dan 3 jam. Jumlah gula dan kandungan gula penurun ekstrak polisakarida yang dihidrolisis ditentukan dengan kaedah colorimetrik. Kesan ekstrak polisakarida yang dihidrolisis terhadap pertumbuhan probiotik, Ladobacillus plantiJrum telah dikaji melalui pengkulturan dalam tiga media, iaitu media MRS tanpa karbohidrat (basal media), MRS broth dan TSB. HasH ekstrak polisakarida yang diperolehi melalui EAE adalah signifikan lebih tinggi (p<0.05) daripada hasil yang diperolehi melalui kaedah air panas. Hasil ekstrak polisakarida yang diperolehi daripada K. alvarezii (KA) adalah signifikan lebih tinggi (p<0.05) daripada hasil yang didapati daripada £ denticulatum (ED). Semakin tinggi kepekatan asid sulfurik yang digunakan (2 M) dengan tempoh hidrolisis yang panjang (3 jam) memberikan jumlah gula (0.89 mg/ml) dan kandungan gula penurun (0.68 mg/ml) yang lebih tinggi. Pertumbuhan L. plantarom dalam media basal yang mengandungi ekstrak polisakarida rumpai laut (dihidrolisis selama 3 jam) tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p≥0.05) berbanding dengan pertumbuhan dalam MRS. Ini menunjukkan pertumbuhan probiotik tidak semata-mata bergantung kepada gula ringkas, tetapi berkemungkinan dirangsang oleh bahan penambahan yang dihidrolisis (prebiotik) daripada ekstrak polisakarida. Hasil kajian mendapati bahawa pertumbuhan probiotik dalam media yang mengandungi polisakarida rumpai laut yang dihidrolisis dengan 1.38 M dan 2 M asid sulfurik adalah hampir sama walaupun kandungan gula penurun dalam ekstrak yang dihidrolisis dengan kepekatan asid yang lebih tinggi (2 M) adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada ekstrak yang dihidrolisis dengan kepekatan asid yang lebih rendah (1.38 M). Akan tetapi, kiraan probiotik dalam media yang mengandungi ekstrak yang dihidrolisis dengan 2 M asid sulfurik adalah hampir sama dengan kiraan probiotik dalam media yang mengandungi polisakarida yang dihidrolisis dengan 1.38 M asid sulfurik selepas 48 jam pengkulturan. Ini menunjukkan pertumbuhan probiotik berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan ekstrak polisakarida KA dan ED semasa penyimpanan lanjutan. Kehadiran ekstrak polisakarida daripada KA dalam MRS broth memberikan kiraan L. plantiJrom yang lebih tinggi daripada ekstrak ED walaupun didapati bahawa kedua-dua ekstrak ini mempunyai kandungan gula penurun yang sama (p≥O.O5). Kajian ini didapati bahawa sifat prebiotik KA yang dihidrolisis selama 3 jam adalah setanding dengan komersial prebiotik (inulin). Kesimpulannya, kedua-dua polisakarida rumpai laut (KA dan ED) yang dihidrolisis (3 jam) berpotensi sebagai sumber prebiotik disebabkan kebolehan mereka untuk merangsang pertumbuhan L. plantarom. Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengkaji aktiviti prebiotik rumpai laut dengan menyediakan keadaan sistem pencemaan manusia dan penentuan profil gula.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | enzyme-assisted extraction (EAE) method, seaweed, hydrolysis, prebiotic, polysaccharides extract |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 28 Nov 2014 14:14 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9863 |
Actions (login required)
View Item |