Hazriani Harris (2013) Pengetahuan dan sikap mahasiswa Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap amalan pemilihan makanan halal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002386.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan sikap mahasiswa Islam terhadap amalan pemilihan makanan halal. Kajian ini dijalankan ke atas 367 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa Islam di kampus induk Universiti Malaysia Sabah yang sedang menjalani pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sahaja. Persampelan secara rawak digunakan di mana responden dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk scalan tertutup dan terbahagi kepada empat bahagian iaitu A: Amalan Pemilihan Makanan Halal - 10 item yang menggunakan skala Likert 5 mata, B: Pengetahuan Mengenai Konsep Makanan Halal - 15 item yang menggunakan yang menggunakan sistem pemarkahan 1/0, C: Sikap Terhadap Pemilihan Makanan Halal - 10 item yang menggunakan skala Likert 5 mata, dan D: Demografik Responden - 5 item yang menggunakan skala nominal. Semua data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0. Kaedah analisis yang digunakan adalah Cronbach's Coefficient Alpha, analisis deskriptif, Mann-Whitney, Kruskal-Wallis serta korelasi Spearman. Kajian menunjukkan aspek amalan pemilihan makanan halal dalam kalangan responden adalah amat baik dengan nilai skor min 4.50. Mereka juga mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan mengenai konsep makanan halal dengan nilai skor min 12.78. Selain itu, sikap mereka terhadap pemilihan makanan halal adalah positif dengan nilai skor min 4.48. Hubungan antara pengetahuan mengenai konsep makanan halal dan amalan pemilihan makanan halal dalam kajian ini didapati tidak signifikan di mana r=0.04, p>0.05. Bagi hubungan antara sikap terhadap pemilihan makanan halal dan amalan pemilihan makanan halal pula, hasil kajian telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah terse but di mana r=0.73, p<0.05.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | knowledge and attitude, Muslim student, halal food, SPSS |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Nov 2014 12:55 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9867 |
Actions (login required)
View Item |