Teo, Pey Huey (2013) Potensi anti-obesiti rumpai laut perang, sargassum polycystum dalam tikus diberi diet tinggi lemak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002391.pdf Download (14MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah mengkaji potensi anti-obesiti rumpai laut perang, Sargassum polycystum pada model tikus yang diberi diet tinggi lemak. Tikus jantan spesies Sprague-Dawley (berat badan 310g-330g) telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kawalan negatif (diet piawai), kawalan positif (diet tinggi lemak), diet tinggi lemak dengan 7% Sargassum polycystum clan diet tinggl lemak yang mengandungi ubat anti-obesiti, orlistat 200mg/kg diet. Sepanjang enam minggu rawatan, kumpulan tikus yang diberi diet mengandungi S. polycystum didapati mengalami pertambahan jumlah berat badan yang paling rendah berbanding tiga kumpulan tikus yang lain iaitu sebanyak 47.83 ± 6.50g. Dari segi profillipid plasma, S. polycystum dilaporkan telah menurunkan trigliserida (TG) plasma sebanyak 25% dan meningkatkan kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi(HDL) plasma sebanyak 12% berbanding dengan kumpulan lain. Indeks hepatosomatik dan indeks nefrosomatik bagi kumpulan S. polycystum tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan jika dibandingkan dengan kumpulan lain. Kumpulan tikus dengan diet yang ditambahkan ubat antiobesiti, orlistat didapati mempunyai indeks nefrosomatik yang paling rendah berbanding kumpulan lain. Orlistat didapati tidak berkesan dari segi pengawalan pertambahan berat badan tetapi berkesan menurunkan jumlah kolesterol (TC) plasma sebanyak 9% dan trigliserida (TG) plasma sebanyak 43%. Kesimpulannya, S. polycystum lebih berkesan dari segi pengawalan pertambahan berat badan berbanding orlistat. Kajian yang lanjutan terhadap kesan S. polycystum perlu dijalankan pada kajian haiwan dan kajian manusia supaya dapat mengurangkan kes obesiti.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | anti-obesity, brown seaweed, Sargassum polycystum, rat, fed high-fat, diet, body weight |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Nov 2014 12:58 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9873 |
Actions (login required)
View Item |