Pembangunan produk sapuan segera campuran betik dan labu

Mohd Ruzaini Jumadi (2013) Pembangunan produk sapuan segera campuran betik dan labu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002398.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan sebagi satu usaha untuk membangunkan produk sapuan segera campuran betik dan labu. Kajian awal melibatkan pembangunan 12 formulasi daripada serbuk buah betik (9.S%, 10%, 17.5%, 20%, 25.2% dan 30%), serbuk labu (9.S%, 10%, 17.5%, 20%, 25.2% dan 30%), gula (53.1%, 56.1%, 57.6% dan 60.S%), stevia (2.9%, 3.2%, 5.9% dan 6.4%), serbuk rumpai laut (0.5%) dan asid sitrik (0.5%) yang berlainan. Hasil ujian sensori pemeringkatan BIB dan hedonik mendapati formulasi FS adalah formulasi terbaik yang mengandungi 30% serbuk buah betik, 10% serbuk labu, 53.1% gula, 5.9% stevia, 0.5% serbuk rumpai laut dan 0.5% asid sitrik yang telah menjalani proses pengeringan dan pra-campuran. Analisis fizikokimia bagi formulasi FS menunjukkan nilai CIE LAB adalah 19.55 ± 0.09 (L *), 21.93 ± 0.07 (a*), 44.23 ± 0.04 (b*). Manakala nilai pH dan °Brix bagi formulasi FS adalah 3.43 ± 0.04 dan 64.3 ± 0.29. Hasil analisis proksimat menunjukkan formulasi FS mempunyai kandungan lembapan sebanyak 5.90 ± 0.64, 1.S0 ± 0.58 abu, 2.50 ± 0.12 protein, 0.10 ± 0.03 lemak, 0.50 ± 0.01 serabut kasar dan 88.90 ± 0.07 karbohidrat. Keputusan kajian penyimpanan telah mendapati nilai CIE LAB, pH dan °Brix tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) dan ujian mikrobiologi didapati tiada terdapat pertumbuhan mikroorganisma sepanjang tempoh penyimpanan selama 6 minggu. Selain itu, ujian perbandingan berganda juga menunjukkan tiada terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) diantara sampel produk yang segar dengan sam pel produk yang disimpan sepanjang 6 minggu dari segi wama, aroma, kemanisan, kemasaman, after taste dan penerimaan keseluruhan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: instant spread mix, papaya, pumpkin, CIE LAB, formulation
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:54
Last Modified: 23 Oct 2017 16:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9886

Actions (login required)

View Item View Item