Tingkahlaku pengguna terhadap restoran makanan segera di sekitar Kota Kinabalu: Amalan makan, persepsi dan kepuasan pelanggan

Muhammad Izzaaz Jamil (2013) Tingkahlaku pengguna terhadap restoran makanan segera di sekitar Kota Kinabalu: Amalan makan, persepsi dan kepuasan pelanggan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002406.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor demografi yang mempengaruhi pemilihan restoran makanan segera, amalan makan di kalangan pengguna, menentukan persepsi pengguna terhadap restoran makanan segera serta tahap kepuasan terhadap restoran makanan segera oleh pengguna berumur 18 - 64 tahun yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Responden kajian ini melibatkan 384 orang pengguna di sekitar Kota Kinabalu yang telah dipilih secara rawak di dalam beberapa kompleks membeli belah yang berada di sekitar Kota Kinabalu seperti 1 Borneo, Kompleks Karamunsing, Warisan Square, Wawasan Plaza, Center Point dan Suria Sabah. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah a ~ 0.871. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS 18.0 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk rajah dan jadual. Releven kajian ini yang berfokuskan kepada industri restoran adalah kerana ianya adalah jenis perkhidmatan makanan yang mempunyai perkembangan yang ketara. Disebabkan trend, pembandaran sesebuah kawasan dan perubahan gaya hidup telah mengakibatkan kepelbagaian amalan makan, persepsi dan tahap kepuasan pelanggan. Walaupun kanak-kanak adalah salah satu segmen pemasaran yang kerap dijadikan sebagai sasaran daripada pihak restoran makanan segera, kajian ini yang hanya mengambil pengguna dewasa adalah kerana golongan inl mempunyai kuasa pembelian terhadap kanak-kanak dan mampu memberi persepsi yang boleh dipercayai. Hasil kajian mendapati pengguna ke restoran makanan segera sekerap 1-2 kali seminggu dan pengguna di sekitar Kota Kinabalu mengambil faktor kehadiran kawan / ahli keluarga, rasa makanan dan masa yang terhad sebagai faktor pilihan restoran makanan segera. Kajian turut mengkaji pilihan minuman, saiz hidangan pilihan serta amalan membaca fakta nutrisi dan kaitkan amalan makan meraka dari sudut kesihatan. Pengguna-pengguna di sekitar Kota Kinabalu menunjukkan persepsi yang positif terhadap makanan, keadaan sekeliling dan perkhidmatan pelanggan dan kajian menunjukkan pengguna menyatakan bahawa industri restoran makanan segera di Kota Kinabalu adalah pada tahap yang memuaskan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fast food restaurant, choice, consumer's satisfaction, consumer perception, behaviour
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:50
Last Modified: 23 Oct 2017 16:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9894

Actions (login required)

View Item View Item