Mariana Anak Jalai (2013) Penghasilan produk air minuman rumpai laut (K.alvarezii) campuran madu dan berperisa lemon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002411.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan produk minuman daripada rumpai laut segar, K. alvarezii, dengan peratusan yang berbeza iaitu antara 5%, 10% dan 15% dengan campuran madu antara 2% dan 5%, gula, air, perisa lemon dan bahan pengawet yang dibenarkan untuk menghasilkan produk minuman rumpai laut campuran madu berperisa lemon. Tujuan utama penghasilan produk ini adalah untuk mempelbagaikan lagi variasi produk minuman di pasaran dan memilih formulasi terbaik. Berdasarkan ujian sensori hedonik skala tujuh titik menunjukkan bahawa Formulasi 4 iaitu terdiri daripada 10% kandungan rumpai laut dan 5% kandungan madu telah dipilih menjadi formulasi terbaik. Sensori ini dijalankan oleh empat puluh orang panel yang terdiri daripada pel ajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan. Atribut-atribut yang dinilai pada sensori ini ialah warna, aroma, tekstur, rasa rumpai laut, kemanisan, after taste dan penerimaan keseluruhan. Ujian proksimat, ujian mutu simpanan dan ujian pengguna telah dijalankan pada formulasi terbaik. Produk minuman formulasi terbaik ini mempunyai kandungan air sebanyak 86.84 ± 0.01%, kandungan abu 0.15 ± 0.10%, kandungan protin 0.02 ± 0.00%, kandungan lemak 0.02 ± 0.01% dan sera but kasar 0.55 ± 0.05% serta kandungan karbohidrat 12.42 ± 0.00%. Nilai kalori produk minuman ini ialah sebanyak 53.79 kkal per 100m I dan analisis vitamin C mendapati produk ini mempunyai kandungan vitamin C sebanyak 15.00/100ml. Ujian mutu simpanan dijalankan melalui ujian mikrobiologi, ciri-ciri fizikokimia dan ujian sensori perbandingan berganda. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa produk minuman ini hanya boleh bertahan selama enam minggu pada suhu sejuk dengan bilangan koloni sebanyak 1.50 x 104 CFU/ml manakala untuk jumlah Vis dan kulat sebanyak 1.20 x 103 CFU/ml. Ciri-ciri fizikokimia seperti jumlah pepejal larut, nilai pH dan keasidan menunjukkan perubahan sepanjang tempoh penyimpanan produk tersebut dan begitu juga dengan ujian perbandingan berganda. Produk minuman rumpai laut campuran madu dan berperisa lemon ini telah mendapat sambutan yang baik daripada 100 orang pengguna dengan peratusan 65% daripada mereka menyukai produk minuman ini dan 61% akan membeli produk ini serta 46% menyatakan produk ini hampir sarna dengan produk minuman rumpai laut lain. Secara keseluruhan, formulasi minuman rumpai laut,K. alvarezii campuran madu dan berperisa lemon ini telah berjaya dihasilkan dan usaha lanjutan perlu dilakukan untuk memperbaiki kualiti produk.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | ready to drink (RTD), beverage, seaweed, formulation, honey, lemon, product development |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Nov 2014 12:42 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9899 |
Actions (login required)
View Item |