Nurazifah Muhamad Ramzi (2013) Penghasilan aiskrim berperisa serai makan (Cymbopogon Citratus Stapf) rendah lemak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002412.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan dan membangunkan aiskrim berperisa serai makan (Cymbopogon citratus stapf) rendah lemak. Penghasilan aiskrim berperisa serai makan rendah lemak adalah penggunaan susu (24%), krim (20%), air (11.5%) dan serbuk serai (1.5%),. Analisis proksimat aiskrim berperisa serai makan rendah lemak mengandungi kandungan Jembapan (46.37±2.58%), kandungan abu (9.70±0.19%), kandungan lemak (9.03±0.77%), kandungan protein (6.98±0.04%), kandungan serabut kasar (10.01±1.11%) dan overrun (42.84%). Mutu kajian simpanan produk akhir selama lapan minggu telah dikaji untuk menilai kestabilannya semasa penyimpanan dengan menggunakan analisis fizikokimia, mikrobiologi dan ujian penilaian sensori. Keputusan fizikokimia yang diperolehi menunjukkan bahawa produk aiskrim ini mempunyai nilai pH 6.71 dan nilai jumlah pepejal larut 450 Briks. Analisis mikrobiologi menunjukkan produk aiskrim ini mematuhi standard mikrobiologi Akta Peraturan Makanan 1983. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) ke atas sampel penyimpanan selama lapan minggu dari segi penilaian sensori dan fizikokimia yang dilakukan. Nilai pH produk disimpan selama 8 minggu menunjukkan penurunan sehingga 6.15±O.01 tetapi tiada perubahan pad a jumlah pepejal larut. Keputusan ujian pengguna menunjukkan sebanyak 55% daripada pengguna adalah penggemar herba. Sebanyak 77% menunjukkan responden akan membeli berperisa serai makan rendah lemak apabila dipasarkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | lemongrass, low fat, ice cream, formulation, storage |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Nov 2014 11:19 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9901 |
Actions (login required)
View Item |