Pembangunan produk roti butterscotch rumpai laut

Siti Fatimah Azahara Bubin (2013) Pembangunan produk roti butterscotch rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002413.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Produk roti butterscotch rumpai laut dibangunkan bagi mempelbagaikan kegunaan tepung rumpai laut daripada Kappaphycus alvarezii dari perairan Sabah. Satu formulasi yang terbaik dipilih daripada sembilan formulasi yang dibangunkan melalui ujian sensori pemeringkatan BIB dan hedonik (p< 0.05). Formulasi yang terbaik ialah formulasi yang mengandungi 1% tepung rumpai laut (F1). Analisis fizikal menunjukkan roti F1 adalah lebih berat dan tum pat berbanding dengan roti kawalan, RK. Tetapi nilai oven spring dan isi padu roti adalah rendah berbanding RK. Warna isi roti produk adalah lebih cerah, sementara wama kulit roti pula adalah kurang perang berbanding dengan RK. Hasil analisis proksimat pula menunjukkan peningkatan peratusan komposisi lemak, abu dan karbohidrat F1, tetapi menurun bagi komposisi lain. Hasil kiraan jumlah tenaga F1pula adalah lebih tinggi iaitu 260.52 kkal per 100 9 berbanding RK. Tetapi perbezaan hasil analisis fizikal dan proksimat antara F1 dan RK adalah tidak banyak berbeza disebabkan penambahan tepung rumpai laut adalah sebanyak 1% sahaja. Kajian mutu penyimpanan produk yang dijalankan setiap hari dari hari kosong sehingga hari ke-tiga penyimpanan menunjukkan keputusan yang positif berbanding roti kawalan (p<0.05). Kajian adalah melibatkan ujian mikrobiologi dan ujian tekstur. Tempoh penyimpanan yang singkat berbanding roti dipasaran adalah disebabkan produk tidak menggunakan sebarang bahan pengawet dan penstabil, selain mempunyai inti butterscotch. Hasil daripada ujian pengguna adalah sangat mengalakkan. Para responden menyukai produk roti butterscotch rumpai laut yang dibangunkan dan bersedia membeli sekira berada dipasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: butterscotch, seaweed, bread, product development, formulation
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Nov 2014 11:17
Last Modified: 23 Oct 2017 16:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9907

Actions (login required)

View Item View Item