Tairin @ Noraisah Lontou (2016) Pengaruh faktor persekitaran terhadap sikap ponteng sekolah dalam kalangan murid daerah Penampang, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Pengaruh faktor persekitaran.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Masalah ponteng menjadi isu penting kerana membawa impak negatif kepada pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Tinjauan literatur turut mengaitkan ponteng sebagai asas penglibatan aktiviti jenayah. Berdasarkan latar belakang tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap ponteng dalam kalangan murid sekolah rendah daerah Penampang Sabah.K ajian deskriptif ini mengaplikasikan metodologi tinjauan. Data dikumpul menggunakan satu set soal selidik berstruktur. Seramai 275 orang murid dari 21 buah sekolah rendah terlibat sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi menjawab soalan-soalan kajian dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 17.0. Berdasarkan analisis deskriptif, faktor guru adalah komponen persekitaran paling mempengaruhi sikap ponteng dalam kalangan murid berbanding faktor lain seperti keluarga, suasana sekolah dan rakan sebaya. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan sangat kuat di antara faktor persekitaran dengan sikap ponteng. Faktor persekitaran juga didapati menjadi peramal dan sangat mempengaruhi sikap ponteng murid berdasarkan analisis ujian Regrasi Pelbagai. Kajian ini merumuskan bahawa guru perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas di kelas. Selain itu, peranan ibu bapa juga harus ditingkatkan terutamanya dalam soal pendidikan anak-anak mereka. Pihak sekolah perlu mengkaji semula keberkesanannya menangani masalah ponteng dalam kalangan murid. Akhir sekali, sekolah disaran untuk menjadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak-anak
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | environmental factors, attitude, truancy, primary school students |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 27 Oct 2017 16:11 |
Last Modified: | 27 Oct 2017 16:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12851 |
Actions (login required)
View Item |