Erni Lewa (2009) Hubungan kepemimpinan pentadbir dengan iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (15MB) |
Abstract
Penyelidikan berfokus kepada kepemimpinan pentadbir iaitu pengetua dan ketua bidang terhadap aspek iklim pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan turut melihat perbezaan persepsi dalam kalangan responden berkaitan kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan faktor jantina responden, pengalaman mengajar dan bilangan pelajar sekol·ah. Kerangka kajian yang digunakan adalah berasaskan Model Kepimpinan Pengajaran oleh Halingger dan Murphy (1985). Selain itu, data pula diperoleh melalui soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale ('PIMRS). Seramai 164 guru daripada enam buah sekolah menengah luar bandar sekitar Daerah Semporna telah dipilih sebagai responden. Data juga dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens menerusi program SPSS Versi 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua dan ketua bidang kerap melaksanakan peranan kepemimpinan pengajaran di sekolah menengah luar bandar. Dalam kepemimpinan ini, pengetua lebih mengutamakan aspek penjagaan masa pengajaran bagi menyokong iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.. Manakala, ketua bidang pula menekankan aspek menggalakkan kehadiran bagi mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Dapatan turut memperlihatkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru terhadap kepemimpinan pengetua terhadap jantina dan pengalaman mengajar responden. Namun, wujud perbezaan yang signifikan antara kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bilangan pelajar sekolah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Leadership, Administrators, Principal, Panel heads, Teaching and Learning, Leadership skills |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
| Date Deposited: | 08 Feb 2018 10:35 |
| Last Modified: | 02 Dec 2025 09:24 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18741 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

