Yusnira Mohd Adnan (2007) Analisis penilaian prestasi sekolah-sekolah rendah dj daerah Temerloh, Pahang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Analisis penilaian prestasi sekolah-sekolah rendah di daerah Temerloh Pahang.pdf Download (71kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kecekapan dan menentukan kedudukan bagi 67 buah sekolah rendah di Daerah Temerloh berdasarkan kepada faktor sumbangan (input) iaitu bilangan pelajar dan bilangan kakitangan akademik dan faktor sambutan (output) iaitu bilangan pelajar cemerlang dan bilangan pelajar yang lulus. Analisis korelasi dijalankan untuk melihat hubungan di antara faktor input dengan faktor output. HasH korelasi menunjukkan terdapat hubungan linear di antara hubungan input dengan output. Analisis PengJiputan Data (Data Envelopment Analysis) dijalankan untuk menentukan kecekapan setiap sekolah berdasarkan kepada faktor input dan faktor output. Pemberat bagi setiap faktor input dan faktor output juga akan ditentukan. HasH daripada Analisis PengJiputan Data (Data Envelopment Analysis) didapati bahawa terdapat lima buah sekolah yang menunjukkan kecekapan yang maksimum manakala 62 buah sekolah yang lain pula adalah tidak cekap. Kedudukan sekolah-sekolah berdasarkan pencapaian masing-masing didapati hasil daripada penyusunan nilai kecekapan darlpada yang tertinggi kepada yang terendah. Walaubagaimana pun pemeringkatan yang dilakukan adalah hanya tertakluk kepada faktor input dan faktor output yang dipertimbangkan. Kecekapan dan kedudukan sekolah-sekolah akan berubah mengikut faktor lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Primary schools , Temerloh , Pahang , Data Envelopment Analysis (DEA) , |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education ?? LB1501 ?? |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 24 Jul 2019 15:29 |
Last Modified: | 24 Jul 2019 15:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22945 |
Actions (login required)
View Item |