Impak personaliti, kemahiran, tahap kompetensi teras, latihan profesional serta strategi tranformasi amalan profesional pentadbir terhadap komitmen guru di Sekolah-Sekolah Menengah Di Sabah

Cecelia Intang and Sabariah Mohd. Sharif (2019) Impak personaliti, kemahiran, tahap kompetensi teras, latihan profesional serta strategi tranformasi amalan profesional pentadbir terhadap komitmen guru di Sekolah-Sekolah Menengah Di Sabah.

[img] Text
Impak personaliti,kemahiran, tahap kompetensi teras,latihan profesional serta strategi tranformasi -Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Impak Personaliti,Kemahiran, Tahap Kompetensi Teras,Latihan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (150kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan tesis ini adalah bertujuan untuk menyelidik dan mengetahui impak personaliti,kemahiran,tahap kompetensi teras,latihan profesional serta strategi amalan profesional pentadbir terhadap komitmen guru di sekolah-sekolah menengah di Sabah.Negara memerlukan tranformasi sistem pendidikan dan golongan pentadbir dilihat sebagai elemen terpenting dalam membangunkan sekolah berpestasi tinggi bagi menghadapi cabaran Alaf ke- 21.Kerangka kajian adalah berdasarkan Model Tret Kepimpinan Utama Northouse (2003, 2007), Model Kompetensi Pemimpin Sekolah IAB (2009), Model Tiga Kemahiran Katz (1974), Kerangka Kepemimpinan Efektif oleh Strike,Sims, Mann dan Whilhite (2016) dan Komitmen Guru (Danneta, 2002). Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan persampelan secara rawak berstrata daripada 1440 sampel di 30 buah sekolah menengah bandar dan 30 buah sekolah menengah luar bandar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada pemerhatian dan sorotan kajian. Dapatan kajian daripada penyelidikan ini nanti diharap dapat memberikan satu inovasi tentang strategi terbaik untuk menyedia dan melahirkan calon pengetua atau guru besar yang berkelayakan tinggi untuk memimpin organisasi sekolah dan menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM 2013-2025).

Item Type: Proceedings
Keyword: Impak , Kepimpinan pentadbir , Komitmen guru , PPPM 2013-2025
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 18:02
Last Modified: 24 Aug 2021 18:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30295

Actions (login required)

View Item View Item