Profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah

Lailawati Madlan @ Endalan and Abdul Adib Asnawi and Chua, Bee Seok and Jasmine Adela Mutang and Rosnah Ismail (2017) Profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 1. pp. 13-22. ISSN 2600-7819

[img] Text
Profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (339kB)

Abstract

Penting untuk mengetahui tahap kecerdasan emosi sosial khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang ke atas prestasi mereka. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui profil kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial. Sampel kajian adalah seramai 503 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sementara, alat kajian yang digunakan adalah the Emotional Quotient Inventory Youth Version (EQ-i:YV) yang direka oleh Bar-On dan Parker yang mengandungi sebanyak 60 item. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics versi 22. Hasil keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa profil bagi domain interpersonal dan mood umum secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Manakala, profil bagi domain yang selebihnya seperti intrapersonal, pengurusan stres, adaptasi pula secara keseluruhannya adalah berada tahap sederhana. Sementara itu, bagi profil kecerdasan emosi sosial secara keseluruhannya berada tahap sederhana. Dari segi perbezaan umur bagi kesemua domain kecerdasan emosi sosial pula menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan bagi aspek umur bagi domain interpersonal dan mood umum. Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi kepada pengkaji akan datang khususnya yang ingin menjalankan kajian berkaitan kecerdasan emosi sosial atau yang memberi fokus kepada domainnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Item Type: Article
Keyword: Kecerdasan emosi sosial , Pelajar , Sekolah menengah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF309-499 Consciousness. Cognition - Including learning, attention, comprehension, memory, imagination, genius, intelligence, thought and thinking, psycholinguistics, mental fatigue
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC8-59 Forms of education > LC59 Public school education
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 20:05
Last Modified: 25 Oct 2021 20:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30631

Actions (login required)

View Item View Item