Ai Pell Riam (2021) Sumbangan dan cabaran amalan Bekerja Dari Rumah (BDR) ke atas keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja wanita pejabat RISDA Daerah Kota Setar, Kedah semasa Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (In Press)
Text
Sumbangan dan cabaran amalan Bekerja Dari Rumah (BDR) 24PAGES.pdf Download (292kB) |
|
Text
Sumbangan dan cabaran amalan Bekerja Dari Rumah (BDR).pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sumbangan dan menganalisis cabaran amalan bekerja dari rumah ke atas keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja wanita Pejabat RISDA Daerah Kota Setar, Kedah semasa pandemik COVID-19. Kajian ini dilakukan ke atas lima orang pekerja wanita Pejabat RISDA Daerah Kota Setar, Kedah. Hal ini dilakukan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sumbangan dan cabaran amalan bekerja dari rumah ke atas keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja wanita yang telah berumah tangga dalam menguruskan kerja rumah dan kerja hakiki pada masa yang sama. Seterusnya, objektif kajian adalah meninjau sumbangan amalan BdR ke atas keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja wanita Pejabat RISDA Daerah Kota Setar, Kedah dan menganalisis cabaran BdR yang dialami oleh pekerja wanita semasa pandemik COVID-19. Kebanyakan informan yang terlibat ini merupakan pekerja wanita yang bekerja di bahagian kewangan dan pentadbiran dan telah berkahwin. Metodologi kajian dalam kajian ini iaitu pengkaji menggunakan sumber data primer yang diperoleh oleh pengkaji adalah melalui kaedah temu bual secara atas talian di mana pengkaji mengadakan panggilan bersuara melalui telefon secara terus kepada informan untuk mendapatkan data. Set soalan adalah disediakan oleh pengkaji hasil daripada objektif yang telah diwujudkan bagi menjawab semua objektif kajian dengan jawapan yang diberikan oleh informan secara jujur. Dengan ini, pengkaji akan mengajukan beberapa soalan melalui tiga peringkat utama kepada para informan dengan berdasarkan kepada maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji terhadap informan. Hasil kajian mendapati bahawa kajian tersebut terdapat dapatan kajian yang baharu antaranya adalah keseimbangan kerja dan kehidupan, integrasi kerja dan kehidupan, dan masa bagi objektif pertama. Di samping itu, berdasarkan kepada temu bual yang dilakukan terhadap informan mendapati bahawa para informan menghadapi cabaran dari segi pengurusan masa untuk bekerja bagi objektif yang kedua. Implikasi kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu implikasi secara praktikal dan secara teoritikal serta metodologi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Keseimbangan kerja dan kehidupan , Bekerja dari rumah , Pekerja wanita , Pandemik COVID-19 |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5106-5267 Hours of labor Including overtime, shift work, sick leave, vacations |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 08:38 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 08:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31252 |
Actions (login required)
View Item |