Hubungan gaya kepimpinan dan prestasi kerja dalam organisasi

Siti Rafeah Baharin (2021) Hubungan gaya kepimpinan dan prestasi kerja dalam organisasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Hubungan gaya kepimpinan dan prestasi kerja dalam organisasi24PAGES.pdf

Download (292kB)
[img] Text
Hubungan gaya kepimpinan dan prestasi kerja dalam organisasi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hubungan antara gaya kepimpinan dan prestasi kerja dalam organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi dan untuk menjelaskan hubungan gaya kepimpinan dan prestasi kerja dalam organisasi. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dan borang soal selidik telah disebarkan melalui pautan google form kepada 100 orang responden. Terdapat lima jenis gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan laissez faire, gaya kepimpinan transaksi, gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan analisis deskriptif, analisis kolerasi dan analisis regrasi. Berdasarkan analisis kolerasi Pearson, gaya kepimpinan laissez faire, gaya kepimpinan transaksi, gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan demokratik mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja manakala gaya kepimpinan autokratik tidak menunjukkan adanya hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja. Analisis regrasi pula menunjukkan bahawa hanya gaya kepimpinan transformasi sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja. Manakala, gaya kepimpimpinan laissez faire, gaya kepimpinan transaksi, gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik tidak menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Gaya kepimpinan laissez faire , Gaya kepimpinan transaksi , Gaya kepimpinan transformasi , Gaya kepimpinan autokratik , Gaya kepimpinan demokratik , Prestasi kerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:25
Last Modified: 14 Dec 2021 15:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31380

Actions (login required)

View Item View Item