Sumber stres dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat di hospital kerajaan

Salminah Amin and Nancy Buruboi and Ferlis Bullare @ Bahari (2016) Sumber stres dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat di hospital kerajaan.

[img] Text
Sumber stres dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat di hospital kerajaan-ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Sumber Stres Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Jururawat Di Hospital Kerajaan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (970kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sumber stres pekerjaan dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat yang bertugas di salah sebuah hospital kerajaan negeri Sabah. Seramai 61 orang jururawat gred U19 dan U29 dijadikan subjek kajian. Rekabentuk kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen Expanded Nurses Stress Scale (ENSS) yang mengukur su mber stres jururawat dan Job Descriptive Index (JDI) bagi mengukur kepuasan kerja jururawat. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 21.0. Analisis statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi memerihalkan ciri demografi, faktor penyebab sumber stres, faktor mempengaruhi kepuasan kerja dan tahap sumber stres dan kepuasan kerja jururawat. Kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen kajian diukur dengan menggunakan analisis Cr onbach Alpha sementara analisis korelasi Pearson digunakan untuk menguji kesahan konvergen dan menentukan hubungan antara sumber stres dan kepuasan kerja. Ujian t dan ANOVA sehala sampel bebas masing masing digunakan untuk mengenal pasti perbezaan sumber stres dan kepuasan kerja jururawat berdasarkan gred jawatan dan wad bertugas. Hasil kajian menunjukkan faktor utama penyebab stres jururawat ialah mereka sering dipersalahkan atas segala kesalahan, tidak cukup staf untuk menampung kerja di wad dan mereka perlu bekerja semasa rehat. Selain itu, faktor utama yang mempengaruhi kepuasan kerja mereka adalah kepuasan terhadap rakan sekerja dan mereka tidak berpuas hati terhadap gaji yang mereka perolehi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara sumber stres dan kepuasan kerja jururawat. Namun, kajian mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja antara jururawat gred U19 dan U29. Akhir sekali, kajian mengesahkan bahawa sumber stres dan kepuasan kerja b erbeza secara signifikan berdasarkan wad bertugas jururawat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Sumber stres , Kepuasan kerja , Jururawat
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 17:54
Last Modified: 28 Dec 2021 17:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31558

Actions (login required)

View Item View Item