Pengaruh identifikasi organisasi dan pengehakupayaan psikologi terhadap penglibatan kerja dalam kalangan anggota bomba & penyelamat

Sovelyn Zeno and Beddu Salam Baco and Mohd Dahlan A. Malek (2016) Pengaruh identifikasi organisasi dan pengehakupayaan psikologi terhadap penglibatan kerja dalam kalangan anggota bomba & penyelamat.

[img] Text
Pengaruh identifikasi organisasi dan pengehakupayaan psikologi terhadap penglibatan kerja dalam kalangan anggota bomba & penyelamat-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Pengaruh Identifikasi Organisasi Dan Pengehakupayaan Psikologi Terhadap Penglibatan Kerja Dalam Kalangan Anggota Bomba & Penyelamat.pdf
Restricted to Registered users only

Download (370kB) | Request a copy

Abstract

Penglibatan kerja merupakan elemen penting bagi organisasi untuk terus bertahan dan juga untuk kejayaan sesebuah organisasi. Oleh yang demikian penglibatan kerja telah muncul sebagai topik yang hangat dibincangkan dalam dekad ini, dan di Malaysia juga dengan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi tidak terkecuali. Penglibatan kerja dipercayai mempunyai kesan positif terhadap organisasi. Pekerja yang mempunyai penglibatan kerja yang tinggi dapat membantu mencapai matlamat organisasi dan seterusnya meningkatkan pencapaian organisasi. Lebih penting lagi, pekerja yang mempunyai penglibatan kerja tidak hanya bermotivasi, tetapi mereka juga memahami matlamat organisasi dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Pekerja yang mempunyai penglibatan juga cenderung untuk bekerja lebih keras dan lebih produktif berbanding dengan pekerja lain dan lebih cenderung untuk memberikan hasil yang diingini oleh organisasi kerana mereka sering mengalami emosi yang positif di tempat kerja. Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh identifikasi organisasi dan pengehakupayaan psikologi terhadap penglibatan kerja dalam kalangan anggota bomba & penyelamat. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 200 anggota bomba & penyelamat dalam Zon Kota Kinabalu, Sabah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 20. Analisis korelasi pearson dan analisis regressi pelbagai digunakan untuk mengukur pengaruh identifikasi organisasi dan pengehakupayaan psikologi terhadap penglibatan kerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa identifikasi organisasi tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja manakala pengehakupayaan psikologi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penglibatan kerja anggota bomba & penyelamat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Identifikasi organisasi , Pengehakupayaan psikologi , Penglibatan kerja , Anggota bomba & penyelamat
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 17:59
Last Modified: 28 Dec 2021 17:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31561

Actions (login required)

View Item View Item