Penggunaan e-pembelajaran dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah

Nor Shahzanani Sudirman and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2022) Penggunaan e-pembelajaran dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 81-97. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (427kB) | Request a copy

Abstract

Sejajar dengan transformasi menuju Revolusi Industri 4.0, institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dilihat berlumba-lumba untuk mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif dan sistematik. Perkembangan teknologi dan sistem menjadi penghubung utama kepada keberhasilan transformasi ini dan salah satu buktinya adalah melalui penggunaan e-learning (e-pembelajaran) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Medium e-pembelajaran ini melibatkan dua pengguna utama iaitu kakitangan akademik dan pelajar dari mana-mana IPT awam atau swasta. Pemindahan pengetahuan, aktiviti pembelajaran, kuliah dan tutorial tidak terhad kepada pertemuan fizikal atau secara tradisional sahaja tetapi boleh dilakukan melalui blended learning (BL)atau pembelajaran teradun. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan teknologi melalui model UTAUT dalam kalangan kakitangan akademik dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran. Kajian ini merupakan satu kajian rintis yang melibatkan 30 orang kakitangan akademik yang terdiri daripada pensyarah IPT awam dan swasta di Sabah. Analisis regresi mudah digunakan untuk melihat tahap penerimaan teknologi dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran. Hasil kajian ini mendapati peramal kondisi kemudahan dalam model UTAUT signifikan terhadap penerimaan e-pembelajaran dan niat menggunakannya.

Item Type: Article
Keyword: E-pembelajaran, niat berperilaku, Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology, UTAUT, Kakitangan akademik, Kondisi kemudahan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:42
Last Modified: 03 May 2023 09:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35395

Actions (login required)

View Item View Item