Pengaruh kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan

Juraidah Manggul (2019) Pengaruh kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Labuan. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru di sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Responden seramai empat ratus enam orang guru-guru sekolah menengah; Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan guru, iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Item soal selidik kepemimpinan pengajaran guru menggunakan instrumen Hallinger dan Murphy pengupayaan pengajaran guru menggunakan soal selidik 'Teacher empowerment theory (2004); iklim sekolah menggunakan soal selidik teori iklim organisasi yang dipelopori oleh Halphin dan Croft yang digunakan oleh Azizi Yahaya et.al.,(2011). Item bagi mengukur efikasi guru daripada Teachers' Sense of Efficacy Scale (TSES) yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2001), data-data ini dianalisis menggunakan "Statistical Package for Social Science" (SPSS) versi 22. Hasil analisis mendapati skor min kepemimpinan pengajaran, pengupayaan pengajaran guru dan efikasi guru pada tahap yang tinggi. Namun skor min iklim sekolah pada tahap yang sederhana. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan dan kuat antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru, manakala dapatan korelasi antara iklim sekolah dengan efikasi guru adalah pada aras hubungan yang signifikan dan sangat kuat. Hubungan antara komitmen guru terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan efikasi guru. Hubungan antara pengupayaan pengajaran dengan efikasi guru adalah pada aras yang kuat. Hasil kajian, ini menyediakan asas dalam mengkaji pengaruh kepemimpinan pengajaran guru, pengupayaan pengajaran guru dan iklim sekolah terhadap efikasi guru. Analisis regrasi berganda menunjukkan kepemimpinan pengajaran guru memberikan pengaruh yang kuat terhadap efikasi guru.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Keyword: kepemimpinan , Guru , Pengajaran , Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Jun 2023 14:42
Last Modified: 13 Jun 2023 14:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35622

Actions (login required)

View Item View Item