Pengaruh Pengetahuan, Aplikasi Pengetahuan dan Keupayaan Imaginasi Terhadap Kemahiran Berfikir Pelajar

Mohd Nasir Rayung and Abdul Said Ambotang and Normiati Batjo (2023) Pengaruh Pengetahuan, Aplikasi Pengetahuan dan Keupayaan Imaginasi Terhadap Kemahiran Berfikir Pelajar. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11. pp. 1-12. ISSN 985-3637

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (424kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh langsung dan tidak langsung faktor pengetahuan, kemahiran aplikasi dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di Tawau. Kajian ini melibatkan 388 orang pelajar tingkatan enam daerah Tawau yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada Instrumen Kecerdasan Holistik (IKH) dan Instrumen Kemenjadian Pelajar (IKP). Analisis data kajian dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh langsung yang signifikan antara keupayaan aplikasi pengetahuan dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar. Manakala faktor pengetahuan menunjukkan pengaruh langsung yang tidak signifikan kepada kemahiran berfikir pelajar. Walau bagaimanapun, faktor pengetahuan menunjukkan pengaruh tidak langsung yang signifikan terhadap kemahiran berfikir apabila digabungkan dengan keupayaan imaginasi. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah pengetahuan dan kemahiran aplikasi menyumbang 55 peratus kepada keupayaan imaginasi. Manakala ketiga-tiga variabel bebas ini menyumbang 34 peratus kepada kemahiran berfikir pelajar secara langsung dan tidak langsung. Implikasi kajian ini diharap dapat mengukuhkan teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Item Type: Article
Keyword: Pengetahuan, Aplikasi Pengetahuan, Keupayaan Imaginasi, Kemahiran Berfikir
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:44
Last Modified: 19 Sep 2023 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37269

Actions (login required)

View Item View Item