Ramahtang Hj. Sennu (2015) Modal psikologi sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (894kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji peranan modal psikologi sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kajian ini juga bertujuan mengkaji pengaruh sumber stres kerja dan modal psikologi ke atas stres kerja dan niat berhenti kerja. Selain itu, kajian ini mengenalpasti perbezaan sumber stres kerja, stres kerja dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota TLDM. Seramai 261 anggota TLDM yang terlibat di dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan menggunakan set soal selidik. Empat alat kajian telah digunakan iaitu Sources of Occupational Stress (SOOS), Depression Anxiety and Stress Scale (DASS), Intention to Qu;t (ITQ) dan Psychological Capital Questionnaire (PCQ). Data kajian dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS 19.0. Beberapa analisis statistik telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Analisis yang digunakan antaranya ialah Ujian-t Sampel Bebas, ANOVA Sehala, Regresi Pelbagai dan Regresi Hierarki. Dapatan kajian menunjukkan sumber stres kerja memberi pengaruh ke atas stres kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan modal psikologi memberi pengaruh ke atas stres kerja dan niat berhenti kerja. Akhirnya, dapatan kajian juga menunjukkan modal psikologi berperanan sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja dengan stres kerja, namun tidak berperanan sebagai moderator dalam hubungan di antara sumber stres kerja dan niat berhenti kerja. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dalam kajian.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Modal psikologi, Stres, Kerja, Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 02 Oct 2023 15:34 |
Last Modified: | 02 Oct 2023 15:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37460 |
Actions (login required)
View Item |