Mazlan Minhat (2019) Pengaruh kesediaan, integriti dan komitmen guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) sekolah menengah di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (20MB) |
Abstract
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), merupakan satu transformasi dalam sistem penilaian pendidikan di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan, integriti dan komitmen guru terhadap pelaksanaan PBS di Sabah. Kajian ini dijalankan terhadap 20 buah sekolah menengah harian dalam 24 buah daerah di Sabah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dijarankan terhadap guru-guru PBS sekolah menengah di Sabah dengan menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 369 orang guru PBS telah terlibat sebagai responden kajian menggunakan pensampelan berstrata, pensampelan berkelompok dan pensampelan rawak mudah. Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferens menggunakan Ujian- t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson, Regresi Berganda dan Model Persamaan Struktur menggunakan IBM SPSS dan SEM AMOS. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan skor min ke tiga-tiga konstruk kesediaan, integriti dan komitmen guru berada pada tahap yang tinggi. Dapatan Ujian-t juga menunjukkan guru lelaki lebih bersedia, berintegriti dan lebih komited melaksanakan PBS. Manakala ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif pada tahap yang tinggi antara kesediaan, integriti dan komitmen guru terhadap pelaksanaan PBS. Selain itu keputusan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh peramal yang signifikan kesediaan, integriti dan komitmen guru terhadap pelaksanaan PBS di Sabah. Akhir sekali analisis SEM kajian menunjukkan model yang dibina sesuai dan sepadan dengan data kajian kerana kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu kesediaan dan integriti guru merupakan pemboleh ubah peramal yang signifikan terhadap pemboleh ubah pelaksanaan PBS, manakala komitmen guru merupakan mediator yang sesuai dalam kajian ini. Model yang dibina berupaya mengenal pasti sebanyak 67% varian dalam pelaksanaan PBS diramalkan oleh ke semua pemboleh ubah tidak bersandar kajian. Dapatan kajian juga menunjukkan bukti empirikal bahawa komitmen guru menjadi pengantara ( mediatof) hubungan antara kesediaan dan integriti terhadap pelaksanaan PBS. Implikasi kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk dimanfaatkan serta membantu para penyelidik umumnya dan guru PBS lain dalam melaksanakan PBS supaya kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan kemahiran khususnya guru PBS begitu juga integriti guru dapat ditingkatkan seterusnya komitmen guru dapat diteguhkan lagi selari dengan usaha untuk melonjakkan dan meningkatkan kejayaan pelaksanaan PBS bagi memenuhi keperluan Si stem Pendidikan Negara Abad Ke-21. Kesimpulanya, keputusan penyelidikan ini menjelaskan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah kesediaan, integriti dan komitmen guru perlu diberi perhatian dan tumpuan guru PBS kerana boleh mempengaruhi tahap pelaksanaan PBS di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Guru, Pentaksiran berasaskan sekolah, PBS, Sekolah menengah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Dec 2023 16:08 |
Last Modified: | 16 Jan 2024 09:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37862 |
Actions (login required)
View Item |