Roryna A.B. Komon and Romzi Ationg and Mohd. Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar and Nurfarain Abdul Rahman (2023) Pengaruh gaya kepimpinan ketua jabatan terhadap tahap kegembiraan di tempat kerja dalam kalangan penjawat awam di Kota Kinabalu, Sabah. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 6. pp. 96-111.
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (254kB) | Request a copy |
Abstract
Kegembiraan di tempat kerja biasanya dikaitkan dengan perasaan yang dialami oleh seseorang pekerja yang mampu mendorong produktiviti mereka saban hari ketika berada dalam lingkungan pekerjaan. Kegembiraan di tempat kerja juga adakalanya dikaitkan dengan tingkat kepuasan kerja yang tinggi serta keghairahan dan semangat memuncak dalam kalangan pekerja untuk menyelesaikankan tugasan yang diamanahkan. Namun demikian, terdapat pelbagai faktor yang berupaya mempengaruhi tahap kegembiraan seseorang ketika berada di tempat kerja. Antara faktor yang dimaksudkan ialah gaya kepimpinan yang diaplikasikan ketua jabatan. Hubungkait diantara gaya kepimpinan ketua jabatan dan tahap kegembiraan di tempat kerja dalam kalangan penjawat awam ini boleh dikesan di sektor awam di sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Dalam pada itu, berdasarkan pendekatan ‘mixed-method’ kertas kerja ini bertujuan membincangkan pengaruh gaya kepimpinan ketua jabatan terhadap tahap kegembiraan di tempat kerja dalam kalangan penjawat awam di daerah Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Adalah diharapkan supaya maklumat yang dipaparkan dalam kertas kerja ini berguna kepada pihak berwajib, khususnya para pembuat dasar untuk menambahbaik gaya kepimpinan dalam kalangan ketua jabatan dalam sektor awam melalui penyesuaian dengan aspek kegembiraan di tempat kerja bagi memastikan produktiviti, kepuasan kerja, keghairahan dan semangat kerja dalam kalangan penjawat awam sentiasa berada pada tahap yang sewajarnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Gaya Kepimpinan, Kegembiraan di Tempat Kerja, Penjawat Awam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF309-499 Consciousness. Cognition - Including learning, attention, comprehension, memory, imagination, genius, intelligence, thought and thinking, psycholinguistics, mental fatigue H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 26 Jan 2024 15:05 |
Last Modified: | 26 Jan 2024 15:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38021 |
Actions (login required)
View Item |