Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti Kerja Guru

Syahrir Husain and Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah (2023) Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti Kerja Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8. pp. 1-13.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (43kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (271kB) | Request a copy

Abstract

Elemen penting bagi meningkatkan kepuasan kerja guru supaya mereka menghasilkan kualiti kerja yang terbaik adalah melalui kepimpinan instruksional oleh guru besar. Rasional kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar, kepuasan kerja guru dan kualiti kerja guru. Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara kesemua elemen yang dikaji terhadap kualiti kerja guru di sekolah-sekolah rendah di Sabah. Seramai 248 daripada 680 orang guru dipilih secara pensampelan rawak mudah. Principals Instructional Management Rating Scale (PIRMS), soal selidik teori dua faktor Herzberg dan soal selidik model pengajaran berkesan oleh Slavin digunakan dalam kajian ini. Data analisis kuantitatif kaedah statistik deskriptif digunakan iaitu pengukuran skor tahap telah digunakan. Dapatan akhir kajian telah menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional guru besar adalah tinggi (M=3.85), kepuasan kerja (M=3.84) dan kualiti kerja (M=3.94). Hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan kualiti kerja guru r.342, p<.05 dan kepuasan kerja guru dengan kualiti kerja guru r=.663, p<.05 dapatan daripada hasil inferensi kolerasi pearson. Analisis regresi pelbagai menunjukkan kepimpinan instruksional mempengaruhi kualiti kerja guru (β=.165, t=3.379, p=0.05) dan kepuasan kerja turut mempengaruhi kualiti kerja guru (β=.616, t=12.629, p=0.05). Ujian korelasi dan regresi menunjukkan signifikan seterusnya berjaya menolak hipotesis nul. Dapatan kajian ini boleh menjadi nilai tambah kepada KPM dalam menentukan dasar pemilihan Guru Besar serta rujukan kepada bakal Guru Besar serta sebagai rujukan kepada pengkaji seterusnya.

Item Type: Article
Keyword: Instructional Leadership, Teacher Job Satisfaction, Teacher Work Quality
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jun 2024 14:10
Last Modified: 07 Jun 2024 14:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38759

Actions (login required)

View Item View Item