Integrasi STEM dalam sains tingkatan satu : kesan terhadap pencapaian akademik & aspirasi kerjaya

Nur Suhaidah Sukor (2019) Integrasi STEM dalam sains tingkatan satu : kesan terhadap pencapaian akademik & aspirasi kerjaya. Diploma thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB)

Abstract

Penilaian Trends in Intemational Mathematics and Science Study, TIMSS (2015) menunjukkan 15 peratus murid di Malaysia gagal menguasai piawaian minimum dalam matapelajaran Sains. Peratusan murid yang berada pada tahap Tinggi dan tahap Tertinggi bagi tahun 2015 masih lagi rendah (24 peratus) berbanding pencapaian terbaik Malaysia iaitu pada tahun 2011 (32 peratus). Berdasarkan permasalahan ini, kajian bertujuan untJJk mengukur tahap pencapaian sains dan Aspirasi Kerjaya STEM dalam kalangan murid. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen kumpulan kawalan tak setara. Seramai 138 murid llngkatan Satu terlibat dalam penyelidikan. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Sains Pra, Ujian Sains Pasca, dan Soal Selidik Aspirasi Kerjaya STEM. Kebolehpercayaan instrumen Ujian Sains Pra dan Ujian Sains Pasca diukur dengan Alpha Cronbach dan masing-masing menunjukkan nilai-nilai 0.68 dan 0.67. Manakala Aspirasi Kerjaya STEM menunjukkan nilai Alpha Cronbach .89. Analisis data dilakukan secara deskriptrr dan statistik Ujian-t sampel berpasangan, korelasi, ANOVA dua hala, dan MANOVA berulang. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam min skor pencapaian Ujian Sains Pasca bagi keduadua kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan [t(138)=2.78, p<.05]. Selain itu, analisis ANOVA dua hala mendapati terdapat kesan utama yang signifikan (p< .01) pada pembolehubah berdasarkan kumpulan terhadap skor min pencapaian Ujian Sains Pase.a, F (1, 137)=8.43, p<.01; dengan kesan saiz yang kecil (partial eta squared=.06). Selanjutnya, terdapat kesan utama yang signifikan (p<.01) pada pembolehubah berdasarkan SSE terhadap skor min pencapaian Ujian Sains Pasca, F (2, 136)=5.42, p<.01; dengan kesan saiz yang kecil (partial eta squared =.08). Namun demikian, tidak terdapat kesan interaksi antara Kumpulan dan SSE, F(2, 136)= 1.15, p>.01; dengan kesan saiz yang sangat kecil (partial eta squared=.02). Selain itu, dapatan menunjukkan persepsi murid terhadap Aspirasi Kerjaya STEM adalah berada pada tahap sederhana dan tinggi bagi kedua-dua kumpulan penyelidikan dalam Pra Kerjaya STEM clan Pasca Kerjaya STEM. Tambahan pula, terdapat saling hubungan yang signifikan positif antara komponen Aspirasi Kerjaya STEM iaitu Efikasi Kendiri, Matlamat, Jangkaan Hasil, Minat, Input Peribadi dan Sokongan Keluarga dengan nilai r=.21 hingga .69. Kajian juga mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara domain Efikasi, Matlamat, Input Peribadi, dan Sokongan dengan pencapaian Ujian Pasca Sains. Manakala domain Jangkaan hasil dan Minat menunjukkan perhubungan yang signifikan negatif dengan pencapaian Ujian Pasca Sains. Implikasi daripada kajian ini ialah Modul Inspirasi STEM boleh digunakan oleh guru sebagai panduan dalam membangunkan Rancangan Pengajaran Harian sesuai dengan keperluan dan kehendak pembelajaran murid serta pengajaran guru.

Item Type: Thesis (Diploma)
Keyword: STEM, Sains, Pencapaian akademik, Trends in Intemational Mathematics and Science Study,
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Jun 2024 10:16
Last Modified: 18 Jun 2024 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38883

Actions (login required)

View Item View Item