Iklim sekolah, efikasi kendiri dan prestasi kerja guru di sekolah berprestasi tinggi Malaysia - kajian ke atas MRSM

Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi (2017) Iklim sekolah, efikasi kendiri dan prestasi kerja guru di sekolah berprestasi tinggi Malaysia - kajian ke atas MRSM. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (323kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh iklim sekolah dan efikasi guru terhadap prestasi kerja guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Malaysia. Kaedah tinjauan dalam kajian ini menggunakan set soal selidik yang terdiri daripada instrumen Organizational Health Inventory-for Secondary Schools (OHI-S), Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) dan intrumen prestasi kerja menggunakan instrumen kajian yang dibentuk oleh Strauss dan Sayles. Data di kumpul menerusi teknik persampelan multi stage sampling yang terdiri dari persampelan kluster, rawak dan memungut semua data dari responden dengan melibatkan 440 orang guru sebagai sampel. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi membentangkan dapatan kajian. Data inferensi dianalisis mengunakan Korelasi Pearson, Anova Sehala, Regresi Berganda dan Regresi Heirarki. Hasil analisis mendapati aras iklim sekolah yang sangat sihat, aras efikasi yang tinggi dan aras prestasi kerja guru yang tinggi di MRSM. Iklim sekolah didapati mempunyai hubungan signifikan dengan efikasi guru. Iklim sekolah dan efikasi guru juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja guru. Tidak terdapat perbezaan yang sigifikan iklim sekolah, efikasi guru dan prestasi kerja guru berdasarkan latihan iktisas dalam kalangan guru di MRSM. Analisis regresi berganda mengesahkan wujudnya pengaruh iklim sekolah dan efikasi guru terhadap prestasi kerja guru. Kajian ini juga mendapati dimensi penekanan akademik daripada variabel iklim sekolah dan strategi pengajaran daripada variabel efikasi guru menjadi peramal utama terhadap prestasi kerja guru di MRSM. Justeru, implikasi kajian terhadap teori dan amalan serta saranan kepada pihak MARA, pembuat dasar, MRSM dan guru-guru dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Prestasi kerja, Iklim sekolah, Efikasi guru dan guru MRSM
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Jun 2024 15:39
Last Modified: 27 Jun 2024 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38959

Actions (login required)

View Item View Item