Ngui, Geok Kim (2017) Pengaruh efikasi kendiri, kecerdasan emosi, kesejahteraan subjektif dan daya tahan terhadap stres guru pelatih semasa praktikum. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (350kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Stres merupakan salah satu aspek yang seringkali dikaitkan dengan praktikum dalam pendidikan guru. Ini kerana guru perlu menggunakan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran sebenar. Guru pelatih perlu mengajar mengikut standard kualiti yang tinggi, menangani pelbagai karenah pelajar, menyesuaikan diri dengan iklim sekolah dalam aspek pentadbiran, pengurusan, interaksi dengan warga sekolah, berhadapan dengan pelbagai tuntutan kerja dan sebagainya. Justeru itu, stres semasa praktikum adalah suatu situasi yang perlu ditangani dengan baik. Kajian ini menyiasat pengaruh efikasi kendiri, kecerdasan emosi, dan kesejahteraan subjektif terhadap daya tahan dan stres semasa praktikum dalam kalangan guru pelatih di institusi pendidikan guru di Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 200 orang guru pelatih yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan dan sedang mengikuti program keguruan peringkat sarjana muda di institusi-institusi pendidikan guru di Sabah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Skala Memahami Efikasi Guru untuk mengukur efikasi kendiri guru, Skala Tret Kecerdasan Emosi untuk mengukur kecerdasan emosi, Skala Kepuasan dengan Hidup untuk mengukur kesejahteraan subjektif, Skala Daya Tahan untuk mengukur daya tahan guru-guru pelatih, dan Skala Stres yang Dipersepsikan untuk menentukan tahap stres praktikum. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan pendekatan PLS-SEM. Dua perisian statistik telah digunakan iaitu IBM SPSS 23.0 dan SmartPLS3.0. Dapatan kajian mendapati tahap stres praktikum yang dipersepsikan, efikasi kendiri, kecerdasan emosi, dan kesejahteraan subjektif adalah sederhana manakala daya tahan terhadap stres adalah sederhana rendah. Kajian juga menunjukkan model struktural menghubungkait konstruk kajian mempunyai kesignifikanan dan kerelevanan yang baik untuk menerangkan daya tahan terhadap stres namun hanya dapat menerangkan stres praktikum dengan lemah. Justeru itu, model ini memerlukan tambahan kepada konstruk lain yang mampu menjelaskan stres praktikum yang dipersepsikan dengan lebih baik dalam kajian penerokaan lebih lanjut.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Stres, Guru pelatih, Praktikum |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 04 Jul 2024 14:13 |
Last Modified: | 04 Jul 2024 14:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39032 |
Actions (login required)
View Item |