Keberkesanan permainan geobot terhadap orientasi matlamat, kolaboratif dan pencapaian pelajar dalam topik kemahiran geografi tingkatan empat

Mohamad Amran Manining (2023) Keberkesanan permainan geobot terhadap orientasi matlamat, kolaboratif dan pencapaian pelajar dalam topik kemahiran geografi tingkatan empat. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (181kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan permainan GeoBot terhadap orientasi matlamat, kolaboratif dan pencapaian pelajar terhadap bahan pengajaran dalam topik kemahiran Geografi. Model motivasi ARCS digunakan bagi membangunkan Modul GeoBot topik Kemahiran Geografi berdasarkan kepada reka bentuk pengajaran ADDIE. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimental yang melibatkan kumpulan rawatan (Permainan GeoBot) dan kawalan (Pendekatan Secara Konvesional). Seramai 104 orang pelajar tingkatan empat melibatkan dua buah sekolah menengah di daerah Pitas. Pengkaji menggunakan dua soal selidik iaitu Pattern of Adaptive Learning Scale ( PALS) untuk mengukur corak orientasi matlamat pelajar serta soal selidik kolaboratif 21st Century Learning Design Student Work Rubric on Collaboration (CLD SWRC) untuk mengukur terhadap tahap kolaboratif pelajar terhadap bahan pengajaran yang digunakan. Manakala Ujian Pencapaian Kemahiran Geografi (UPKG) yang diubahsuai dari soalan sebenar SPM digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam topik Kemahiran Geografi. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah T-test ,analisis pengulangan Analysis of variance (ANOVA) dan korelasi pada aras signifikan p<0.05. Pengkaji melihat kepada ujian saiz kesan kerana pengukuran dilakukan pada dua tempoh masa yang berbeza (ujian pra dan ujian pasca). Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah permainan GeoBot telah berjaya meningkatkan orientasi matlamat,kolaboratif dan pencapaian pelajar dalam topik Kemahiran Geografi Tingkatan Empat . Namun begitu, perbezaan min antara kumpulan rawatan dan kawalan merumuskan bahawa kaedah pengajaran dengan menggunakan permainan GeoBot lebih tinggi mempengaruhi orientasi matlamat, kolaboratif dan pencapaian pelajar. Pun demikian, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi matlamat, kolaboratif dan pencapaian bagi kumpulan rawatan maupun kumpulan kawalan. Hasil kajian ini memberi satu alternatif baharu kepada guru Geografi untuk mengaplikasikan permainan GeoBot dalam PdPc Kemahiran Geografi dalam meningkatkan orientasi matlamat, kolaboratif dan pencapaian pelajar di samping memberikan kesan yang positif terhadap manfaat dan kebaikan aspek pedagogi, sosial dan teknikal.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Geobot, Geografi, Model motivasi ARCS, bahan pengajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:27
Last Modified: 15 Jul 2024 10:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39105

Actions (login required)

View Item View Item