Amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan di daerah Penampang, Sabah

Chong, Oi Min (2023) Amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan di daerah Penampang, Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (266kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kelangsungan kehidupan generasi masa depan dan alam semula jadi amat bergantung kepada pelaksanaan kurikulum dan pendidikan alam sekitar. Sikap pelajar terutama dalam amalan kitar semula dan pengurusan sisa pepejal akan menjadi penentu kepada kebersihan kepada alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah melalui pendidikan amalan kitar semula. Kajian juga dilaksanakan untuk menentukan penglibatan pelajar dalam program kitar semula sama ada anjuran pihak kerajaan mahupun sektor swasta. Akhirnya, kajian penggunaan teknik pembelajaran berasaskan projek berpandukan Model Dick dan Reiser guru dalam topik kitar semula Geografi juga diterokai untuk menentukan keberkesanannya. Kajian dilaksanakan secara tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes untuk meneroka pengetahuan pelajar dalam amalan kitar semula. Responden kajian dipilih daripada 2 buah sekolah menengah di Daerah Penampang. Seramai 329 pelajar dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut nisbah. Data dikumpul menggunakan google form dan dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 26. Manakala pendekatan kualitatif pula menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian ikut-serta. Temu bual jenis berstruktur dilaksanakan ke atas empat guru Geografi, dua penyelia kontraktor sekolah, seorang penyelia Majlis Daerah Penampang dan lapan pelajar kumpulan berfokus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan kurikulum guru berkesan tetapi penglibatan pelajar dalam program kitar semula dilaporkan sederhana dengan skor min 3.5457 dan sisihan piawai 0.62411. Manakala, sumbangan pihak kerajaan dan swasta berjaya menggalakkan penglibatan pelajar dalam program kitar semula sekolah. Sementara itu, dapatan pengetahuan pendidikan alam sekitar dilaporkan tinggi tetapi masih terdapat segelintir pelajar tidak mengamalkan kitar semula. Seterusnya, dapatan penerokaan penggunaan teknik PBP guru berdasarkan Model Dick dan Reiser dilaporkan berada pada tahap sederhana. Penggunaan teknik PBP oleh guru berjaya menyedarkan pelajar dalam amalan kitar semula dan seterusnya mengurangkan jumlah penjanaan sisa sekolah. Secara keseluruhannya, kajian turut mendapati bahawa pengetahuan merupakan faktor peramal utama yang mempengaruhi amalan kitar semula tetapi berkait rapat dengan sikap pelajar. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat akhir amalan kitar semula, pendidikan alam sekitar secara praktikal perlu dinaik taraf sebagai subjek baharu dalam kurikulum sekolah menengah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kitar semula, Pelajar sekolah, Penampang
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Jul 2024 10:04
Last Modified: 23 Jul 2024 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39125

Actions (login required)

View Item View Item