Pengaruh pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan personaliti guru terhadap kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah

Normiati Batjo (2020) Pengaruh pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan personaliti guru terhadap kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (835kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PPdP), pengurusan bilik darjah (PBD), dan personaliti guru (PG) terhadap kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik pensampelan kebarangkalian berstrata, kluster, dan rawak mudah. Berpandukan teknik pensampelan Cohen (2001), sampel ditetapkan sebanyak 380 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t dan ANOVA sehala membuktikan terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana antara variabel PPdP, pengurusan bilik darjah dan personaliti guru dengan kualiti guru. Begitu juga dengan Analisis Laluan (SEM) menunjukkan kombinasi sumbangan ketiga-tiga variabel bebas terhadap variabel bersandar kualiti guru pada kekuatan pengaruh yang tinggi. Analisis Laluan turut menunjukkan terdapat pengaruh secara langsung yang signifikan variabel bersandar dengan variabel tidak bersandar. Kajian menyumbangkan satu Model Kualiti Guru baharu yang diadaptasi dan digabungjalinkan bersama teori dan model terdahulu.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pengurusan pengajaran dan pembelajaran, Pengurusan bilik darjah, Personaliti guru, kualiti guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 11:54
Last Modified: 10 Oct 2024 11:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40718

Actions (login required)

View Item View Item