Pembangunan dan pengujian modul riang ria membaca untuk pengajaran kemahiran membaca awal murid prasekolah di pedalaman Sabah

Hanifah Sabin (2020) Pembangunan dan pengujian modul riang ria membaca untuk pengajaran kemahiran membaca awal murid prasekolah di pedalaman Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (933kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kemahiran membaca merupakan asas kepada pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu. Kemahiran ini penting diperoleh sejak di peringkat pendidikan awal kanakkanak lagi. Justeru, kajian ini adalah untuk membangunkan Modul Riang Ria Membaca (MRRM) iaitu modul pengajaran membaca awal bagi kanak-kanak prasekolah di pedalaman Sabah menggunakan nyanyian dan diintegrasikan dengan kaedah belajar melalui bermain. MRRM dibangunkan menggunakan dua model pembangunan iaitu Model ADDIE dan Model Morrison II. Pembangunan MRRM dilandasi oleh tiga teori iaitu Teori Psikolinguistik Kognitif, Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky dan Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Selain itu, pendekatan pengajaran konstruktivisme dan berasaskan kecerdasan pelbagai turut digunakan dalam kajian ini. Metodologi kajian yang digunakan ialah kuantitatif deskriptif dan kuasi eksperimental. Kuantitatif deskriptif digunakan untuk mengenal pasti masalah, keperluan serta ciri-ciri modul yang dibangunkan. Maklumat dikumpulkan melalui pembacaan kepustakaan termasuklah membuat rujukan dari buku, tesis, artikel jurnal, laporan dan polisi untuk menentukan kandungan modul. Manakala reka bentuk kuasi eksperimental ujian pra dan pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang digunakan untuk mengukur kesan penggunaan Modul Pengajaran MRRM terhadap 146 murid prasekolah (74 orang kumpulan rawatan dan 72 orang kawalan) di tiga prasekolah di daerah Keningau, Sabah. MRRM telah dibangunkan menjadi 20 submodul berasaskan pada empat konstruk membaca awal prasekolah iaitu prabaca, huruf abjad, suku kata dan perkataan serta frasa dan ayat. Kesahan kandungan dan kesahan muka modul telah dinilai oleh sembilan orang yang terdiri daripada pakar pelbagai bidang iaitu bidang kurikulum dan pedagogi prasekolah, pakar bidang reka bentuk modul, pakar bahasa dan pakar muzik kanak-kanak. Kesahan MRRM yang dinilai berdasarkan 20 submodul ialah 88.90 peratus. Koefisian kebolehpercayaan MRRM yang diukur menggunakan Alpha Cronbach’s ialah 0.917. Seterusnya, kaedah analisis data pengujian hipotesis nol (H0) adalah menggunakan statistik non parametrik iaitu Ujian Mann-Whitney U dan Ujian Wilcoxon. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian dalam kemahiran membaca antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan selepas penggunaan Modul Pengajaran MRRM. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan min skor tahap pencapaian kemahiran membaca bagi kumpulan rawatan selepas penggunaan Modul Pengajaran MRRM. Peningkatan ini merupakan hasil pengaplikasian kaedah P&P yang menyeronokkan melalui penggunaan bahan dan pendekatan nyanyian serta pengintegrasian kaedah belajar melalui bermain, pendekatan melalui teori kecerdasan pelbagai dan pendekatan konstruktivisme. Penggunaan melodi irama lagu rakyat Malaysia dan lagu tempatan Sabah berdasarkan pendekatan Kodaly berkesan meningkatkan tumpuan perhatian dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti P&P. Penggunaan sumber multimedia seperti klip video lagu dan penggunaan MS Power Point sebagai visualisasi lambang dalam lagu pada LCD berkesan meningkatkan tumpuan murid. Diharapkan MRRM, bukan saja bermanfaat kepada guru tetapi juga kepada ibu bapa kanak-kanak prasekolah khususnya di pedalaman Sabah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Riang ria membaca, Pengajaran, Murid prasekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1140-1140.5 Preschool education. Nursery schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 11:56
Last Modified: 10 Oct 2024 11:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40722

Actions (login required)

View Item View Item