Faktor mempengaruhi perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru di Sekolah

Ahmad Yani Lisani and Muhamad Suhaimi Taat (2024) Faktor mempengaruhi perkongsian pengetahuan dalam kalangan guru di Sekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9. pp. 1-19. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (410kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor individu, budaya organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi serta kompetensi profesional guru terhadap perkongsian pengetahuan. Kajian bukan eksperimental ini mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan pensampelan berstrata, pensampelan rawak berkelompok dan pensampelan rawak mudah bagi mendapatkan sampel. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 492 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25.0. Statistik inferensi iaitu regresi berganda digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menjelaskan varians peramal kompetensi profesional guru merupakan penyumbang utama terhadap perubahan varians dalam perkongsian pengetahuan iaitu 44.9% (R²=.449). Peramal faktor individu menyumbang 8.6% (R²=.086) dan peramal budaya organisasi pula menyumbang 2.3% (R²=.023). Kombinasi sumbangan ketiga-tiga peramal tersebut terhadap perubahan varians dalam perkongsian pengetahuan adalah 55.8% (R²=.558).

Item Type: Article
Keyword: Faktor Individu Budaya Organisasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kompetensi Profesional Guru Perkongsian Pengetahuan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 24 Oct 2024 12:25
Last Modified: 24 Oct 2024 12:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41598

Actions (login required)

View Item View Item