Keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semula jadi terhadap pencapaian matematik awal kanak-kanak prasekolah

Noraina binti Noraidi and Connie Shin @ Cassy Ompok and Jusiah Idang and Nur Suhaidah Sukor (2024) Keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semula jadi terhadap pencapaian matematik awal kanak-kanak prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (10). pp. 1-14. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (436kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan skor min markah antara ujian pra dan pasca terhadap pencapaian matematik awal kanak-kanak prasekolah selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian eksperimen dan menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, diikuti dengan intervensi selama 8 minggu dan kemudiannya ujian pasca. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian statistik iaitu ujian-T Sampel Berulangan. Dapatan kajian menunjukkan skor min markah bagi ujian pra adalah 70.8% dan 94% bagi ujian pasca. Skor min markah meningkat sebanyak 23.2% selepas intervensi pembelajaran berasaskan alam semula jadi dijalankan. Ujian-T Sampel Berulangan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor min markah antara ujian pra dan ujian pasca iaitu t (24) = -6.920, k < 0.05. Hasil kajian ini telah membuktikan keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semula jadi terhadap pencapaian matematik awal kanak-kanak prasekolah. Implikasinya, intervensi dalam kajian ini dapat menjadi panduan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran matematik awal kanak-kanak prasekolah.

Item Type: Article
Keyword: Nature-based learning Early mathematics achievement Preschool children
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1139.2-1139.5 Early childhood education
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 16 Dec 2024 11:32
Last Modified: 16 Dec 2024 11:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42268

Actions (login required)

View Item View Item