Hubungan beban tugas dengan efikasi guru-guru sekolah rendah

Farid Mohd (2013) Hubungan beban tugas dengan efikasi guru-guru sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (125kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara beban tugas dengan efikasi guru-guru sekolah rendah. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan melibatkan sekolah rendah yang terletak di daerah Semporna. Kajian menggunakan seramai sembilan puluh tujuh orang responden yang terdiri dari kalangan guru-guru yang terlibat dengan pelaksanaan KSSR. Data dianalisis dengan menggunakan dua cara iaitu analisis deskriptif dan inferensi melalui perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dengan efikasi guru-guru sekolah rendah dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum. Kajian mencadangakan agar guru-guru dapat mempertingkatkan kompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memandangkan beban tugas mereka di sekolah berada pada tahap yang sederhana dan terkawal.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Beban tugas, Efikasi guru, Sekolah rendah, Pengurusan kurikulum, Ko-kurikulum, KSSR, Pengajaran dan pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Mar 2025 09:17
Last Modified: 26 Mar 2025 09:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43347

Actions (login required)

View Item View Item