Penggunaan imlak dalam memperbaiki penulisan bahasa inggeris di kalangan pelajar lemah

Bees Satoh (2014) Penggunaan imlak dalam memperbaiki penulisan bahasa inggeris di kalangan pelajar lemah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (151kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat sejauhmanakah kaedah imlak membantu memperbaiki penulisan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang wajib diambil dan dipelajari di sekolah dan menjelang tahun 2016, Bahasa Ingeris menjadi mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (5PM). Sungguhpun begitu, ia merupakan satu bahasa yang payah atau sukar dikuasai oleh pelajar terutamanya pelajar luar bandar. Kaedah imlak merupakan aktiviti penulisan yang melibatkan pelajar menulis apa yang dikatakan atau dibaca oleh seseorang semasa dikatakan atau sejurus selepas dikatakan. Instrumen kajian ialah temu bual dan pemerhatian terhadap lapan orang guru yang mengajar di sekolah menengah harian di Daerah Kata Belud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah imlak membantu memperbaiki penulisan Bahasa Inggeris pelajar lemah dalam mata pelajaran tersebut. Waiau bagaimanapun, keberkesanan kaedah tersebut sangat bergantung kepada kebijaksanaan guru dalam melaksanakan kaedah dan pemilihan teks yang sesuai dengan tahap penguasaan pelajar. Cadangan kajian di masa akan datang ialah dengan melihat keberkesanan itu dari sudut pelajar dengan memilih pelajar sebagai responden.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kaedah imlak, Pengajaran Bahasa Inggeris, Pelajar lemah, Kemahiran penulisan
Subjects: P Language and Literature > PE English language > PE1-3729 English > PE1001-1693 Modern English
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Apr 2025 11:20
Last Modified: 29 Apr 2025 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43598

Actions (login required)

View Item View Item