Kepimpinan pengajaran pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah daerah Kudat

Rozlan Hashim (2005) Kepimpinan pengajaran pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah daerah Kudat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian tinjauan ini adalah bertujuan untuk meneliti kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Kudat. la juga bertujuan untuk meninjau kepuasan kerja guru terhadap perfaksanaan kepimpinan pengajaran dan pencerapan pengetua di bilik darjah. Pengkaji juga cuba melihat hubungan antara kepuasan kerja guru dengan kekerapan pengetua melakukan kepimpinan pengajaran dan pencerapan pengetua di dalam bilik darjah. Pengkaji juga melihat perbezaan persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran dan pencerapan pengetua dari segi jantina guru dan pengalaman mengajar. Kajian ini telah dilakukan di 8 buah sekolah menengah dan membabitkan 218 orang guru sekolah menengah di daerah Kudat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua kerap melaksanakan kepimpinan pengajaran dan 90.4% guru sekolah menengah Kudat yang mempunyai persepsi yang positif terhadap pencerapan pengetua di bilik darjah. Dapatan juga menunjukkan tahap kepuasan guru yang sederhana terhadap amalan kepimpinan pengajaran pengetua. Dapatan juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan pengetua melaksanakan kepimpinan pengajaran dengan tahap kepuasan kerja guru terhadap perlaksanaan kepimpinan pengetua terhadap kepimpinan pengajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan pengajaran, Pengetua sekolah, Pencerapan bilik darjah, Kepuasan kerja guru, Sekolah menengah, Daerah Kudat
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2331.7-2335.8 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 May 2025 11:59
Last Modified: 26 May 2025 09:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43806

Actions (login required)

View Item View Item