Abdul Said Ambotang and Christina Andin and Norhamimah Minduru (2021) Sumbangan pengetahuan dan kemahiran guru sekolah rendah terhadap amalan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kesidang, 6. pp. 1-13.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (233kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sumbangan atau hubungan pengetahuan dan kemahiran guru sekolah rendah terhadap amalan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) di daerah Kota Kinabalu Sabah. Pentaksiran Bilik Darjah di peringkat sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 2016 dalamera kurikulum yang baharu yakni Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebelum PBD diperkenalkan dan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, dulunya ia dikenali sebagai pentaksiran sekolah (PS) yang diperkenalkan pada tahun 2011, yang mana ia adalah merupakan salah satu komponen dalambidang akademik pentaksiran induk iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Data dianalisis menggunakan perisisan SPSS. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelaksanaan PBD yang mana skor min untuk pengetahuan guru (min=3.87), kemahiran guru (min=3.79) tetapi sederhana untuk pelaksanaan PBD (min=3.24). Manakala Hasil dapatan korelasi antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang lemah dan sederhana untuk aspek pelaksanaan PBD. Ini berkemungkinan terjadi kesan daripada pandemik Covid-19 yang mana pelaksanaannya di sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pengetahuan Guru, Kemahiran Guru, Pentaksiran Bilik Darjah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 15 Jul 2025 16:19 |
Last Modified: | 15 Jul 2025 16:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44489 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |