Minat terhadap operasi bergabung: Satu instrumen untuk murid sekolah rendah

Soo, Wenn Lian and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah and Nur Suhaidah Sukor (2025) Minat terhadap operasi bergabung: Satu instrumen untuk murid sekolah rendah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 10. pp. 852-867.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (423kB) | Request a copy

Abstract

Penilaian dijalankan terhadap instrumen Minat terhadap Operasi Bergabung (MOB) dalam kalangan murid sekolah rendah. MOB merangkumi 20 item yang terangkum dalam empat konstruk utama, iaitu Emosi, Penglibatan, Pengetahuan, dan Nilai. Instrumen ini merupakan penyesuaian daripada Inventori Minat terhadap Matematik, menggunakan Model Minat Empat Fasa Hidi dan Renninger sebagai rangka kerja teori. Kajian ini melibatkan 84 orang murid Tahun Lima yang berusia 11 tahun dari dua buah sekolah rendah di daerah Beaufort, Sabah, Malaysia. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen MOB, kajian ini menggunakan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis polariti item melalui nilai PTMEA-CORR menunjukkan bahawa tiada item yang perlu disingkirkan daripada instrumen MOB. Nilai Raw Variance Explained by Measures sebanyak 47.3% menunjukkan ketekalan yang baik, manakala nilai Unexplained Variance in 1st Contrast sebanyak 9.7%, yang berada di bawah had kawalan 15% seperti yang ditetapkan dalam Model Pengukuran Rasch. Ini membuktikan bahawa instrumen ini mempunyai unidimensionaliti yang baik. Nilai Cronbach Alpha bagi instrumen MOB ialah 0.83, menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, instrumen MOB mempunyai kebolehpercayaan dan nilai pengasingan item masing-masing sebanyak 0.97 (cemerlang) dan 5.51 (cemerlang). Kebolehpercayaan dan pengasingan responden pula masing-masing bernilai 0.79 dan 1.91, menunjukkan ketekalan yang baik dalam mengukur minat murid. Kesimpulannya, instrumen MOB mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur minat terhadap Operasi Bergabung dalam kalangan murid Tahun Lima di sekolah rendah.

Item Type: Article
Keyword: Minat, Model Minat Empat Fasa, Model Pengukuran Rasch, Murid Tahun Lima, Operasi Bergabung
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA1-43 General
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Aug 2025 09:48
Last Modified: 05 Aug 2025 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44749

Actions (login required)

View Item View Item