Analisis perundangan dan polisi berkaitan sekuriti makanan halalan tayyiban di Malaysia: Satu sorotan

Syamsul Azizul Marinsah and Azira Asung and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Nur Ilma Ambo (2025) Analisis perundangan dan polisi berkaitan sekuriti makanan halalan tayyiban di Malaysia: Satu sorotan. International journal of law, government and communication (IJLGC), 10. pp. 679-635.

[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (448kB) | Request a copy

Abstract

Sekuriti makanan halalan tayyiban merupakan suatu tuntutan syariah yang menegaskan pematuhan terhadap aspek kehalalan dan kebaikan makanan secara menyeluruh, merangkumi keselamatan, kebersihan, serta keberkesanan pemakanan kepada pengguna. Pemerkasaan prinsip ini menuntut kerangka dasar dan perundangan yang kukuh serta bersifat inklusif. Namun, dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama, pelaksanaan sekuriti makanan halalan tayyiban berdepan pelbagai kekangan dari segi dasar, pelaksanaan dan penyelarasan antara agensi. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis secara kritikal kerangka perundangan dan dasar semasa yang menyokong pelaksanaan sekuriti makanan halalan tayyiban di Malaysia. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen, kajian ini memfokuskan kepada penilaian terhadap akta-akta berkaitan, dasar-dasar kerajaan dan dapatan kajian terdahulu. Hasil kajian mengenal pasti empat dasar utama yang berkait secara langsung dan tidak langsung dengan pengukuhan sekuriti makanan halalan tayyiban, iaitu Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021–2025, Dasar Halal Negara (DHN) 2025–2035, Pelan Induk Industri Halal Malaysia (HIMP) 2030, dan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0). Meskipun dasar-dasar ini menggambarkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan sistem makanan patuh syariah, pelaksanaannya masih berdepan beberapa cabaran utama. Antaranya termasuk kelemahan penyelarasan antara agensi pelaksana, keterbatasan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta tahap pengintegrasian teknologi yang belum mencapai tahap optimum. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan supaya sebuah badan penyelaras tunggal diwujudkan di peringkat nasional bagi memperkemas tadbir urus, menyelaras pelaksanaan dasar secara menyeluruh dan menjamin kelestarian sekuriti makanan halalan tayyiban di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Sekuriti makanan, Halalan tayyiban, Dasar halal, Tadbir urus
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9000-9495 Agricultural industries
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2025 12:35
Last Modified: 26 Aug 2025 16:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45047

Actions (login required)

View Item View Item