Mohd Reno Mohd Idris (2014) Motivasi dan kemahiran guru linus dengan penggunaan ICT di sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
ABSTRACT.pdf Download (138kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat motivasi dan kemahiran guru linus dengan penggunaan ICT di sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti motivasi dan kemahiran guru linus dengan penggunaan ICT. Seterusnya, untuk melihat perbezaan motivasi dan kemahiran guru linus berdasarkan faktor demografi dan untuk melihat hubungan antara motivasi dan kemahiran guru linus dengan penggunaan ICT. Responden kajian terdiri daripada 125 orang guru linus yang terdapat di semua sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran linus. Kajian ini adalah berupa kajian tinjauan yang menggunakan satu set borang soal selidik. Data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan Statistic Package for Science Social (SPSS} versi 21.0. Jumlah keseluruhan hipotesis dalam kajian ini adalah enam dan hipotesis-hipotesis tersebut diuji dengan menggunakan Ujian t untuk hipotesis satu dan dua, Ujian ANOVA Sehala untuk hipotesis tiga dan empat dan Ujian Korelasi Pearson untuk hipotesis lima dan enam. Berdasakan analisis Ujian t untuk hipotesis satu dan dua, tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi guru dan kemahiran guru berdasarkan jantina dan tahap pendidikan. Manakala, bagi analisis Ujian ANOVA Sehala, untuk hipotesis tiga dan empat, terdapat perbezaan motivasi dan kemahiran guru linus dalam penggunaan ICT berdasarkan tahap pendidikan. Kedua-dua dapatan menunjukkan nilai signifikan p<0.05. Analisis menggunakan ujian Korelasi Pearson adalah untuk hipotesis lima dan enam, dapatan menunjukkan hubungan yang kuat, positif dan signifikan antara motivasi dan kemahiran guru linus dengan penggunaan ICT. Kedua-dua pemboleubah menunjukkan nilai signifikan pada aras p<0.01. Secara keseluruhan, sememangnya terdapat perbezaan motivasi dan kemahiran guru dalam penggunaan ICT berdasarkan tahap pendidikan dan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dan kemahiran guru dengan penggunaan ICT di sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk kajian lanjut, dicadangkan agar kajian terhadap motivasi dan kemahiran guru linus dengan penggunaan ICT seterusnya dapat dijalankan untuk mengetahui permasalahan dengan lebih terperinci. Sela in itu, dengan penambahan bilangan responden dan juga lokasi perlu lebih luas agar impaknya lebih besar khususnya dalam penggunaan ICT oleh guru pada masa depan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Guru LINUS, Motivasi guru, Kemahiran guru, Penggunaan ICT dalam pendidikan |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
| Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 04 Sep 2025 15:49 |
| Last Modified: | 04 Sep 2025 15:49 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45145 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

