Juliza Francis (2013) Kesan pembelajaran berasaskan web terhadap pemahaman konsep fotosintesis pelajar tingkatan dua dan sikap terhadap sains. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
ABSTRACT.pdf Download (236kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Dalam kajian ini, kesan pembelajaran berasaskan web terhadap pemahaman konsep fotosintesis dan sikap terhadap sains diselidik. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan pelajar tingkatan Dua; 32 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 32 orang lagi dalam kumpulan kawalan. Ujian Pencapaian Fotosintesis (UPF) meliputi sepuluh soalan struktur dan Soal Selidik Sikap Terhadap Sains (STS) mengandungi 25 item merupakan alat pengumpulan data yang digunakan. Instrumen UPF dan STS dijalankan dalam bentuk ujian pra dan ujian pos. Analisis skor dua kumpulan dalam ujian pos dibandingkan dan satu perbezaan yang signifikan didapati yang berpihakkepada kumpulan rawatan. Dapatan turut menunjukkan pelajar daripada kumpulan rawatan lebih berjaya dalam mengubah miskonsepsi berbanding kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran topik-topik sains yang berkaitan dengan fotosintesis boleh diperbaiki dengan pembelajaran berasaskan web.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Web-based learning, Science education, Photosynthesis concept, Attitude towards science |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 23 Sep 2025 10:11 |
| Last Modified: | 23 Sep 2025 10:11 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45155 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

