Low, Kee Sun (2013) Perbandingan pola pembelajaran kontekstual dan tahap pemahaman konsep sains pelajar sekolah menengah rendah di Malaysia dan Singapura. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
ABSTRACT.pdf Download (163kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Demi melahirkan model insan yang bertaraf dunia, pendidikan sains yang mampu menyediakan individu yang inovatif, kreatif dan produktif turut menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Prestasi sains pelajar Malaysia yang kian merosot secara mendadak berbanding dengan negara Asian yang lain (TIMSS 2007) telah menampilkan risiko ketinggalan negara kita semakin melarut. Kegagalan pelajar menghubungkaitkan isi pelajaran dengan konteks kehidupan sebenar menjadi punca utama pelajar tidak berminat dan seterusnya tidak dapat menguasai ilmu sains dengan baik. Pendekatan pembelajaran kontekstual yang dapat membina hubungan yang konkrit antara isi pelajaran sains dengan konteks seharian te! h menjadi pendekatan utama yang digariskan dalam sukatan pelajaran sains di Malaysia dan juga di kebanyakan negara. Justeru itu pola pembelajaran kontekstual turut menjadi fokus kepada kajian ini. Kajian ini telah mengkaji perbezaan pola pembelajaran kontekstual dan tahap pemahaman konsep sains pelajar sekolah menengah rendah di Malaysia dan Singapura. Data kajian ini diperolehi daripada Program Trends in International Mathematics and Science Study 2007 (TIMSS), sampel kajian terdiri daripada 4,466 pelajar Malaysia dan 4,599 pelajar Singapura. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pemahaman konsep asas Sains di Malaysia dan Singapura. Secara keseluruhannya Pelajar Malaysia mempunyai tahap pemahaman konsep asas Sains yang rendah dalam semua tahap domaian kognitif. khususnya dalam domain pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Terdapat perbezaan yang signifikan juga bagi Pola pembelajaran kontekstual pelajar Malaysia dan Singapura. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pola pembelajaran kontekstual dengan tahap pemahaman konsep sains pelajar, namun tahap regresi kedua-dua pembolehubah ini sangat rendah.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Contextual learning, Science education, Conceptual understanding in science, Lower secondary students |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 23 Sep 2025 10:11 |
| Last Modified: | 23 Sep 2025 10:11 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45156 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

