Norzaidah Musappa (2013) Hubungan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia bidang bahasa dan bidang kemanusiaan di sekolah menengah daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (894kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (14MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan sekolah menengah Daerah Tawau, Sabah. Kajian ini melibatkan 115 orang Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan. Kesemua responden telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik berstruktur. Data yang telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 17.0). Berdasarkan analisis deskriptif, didapati bahawa Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan sekolah menengah mempunyai sikap yang positif terhadap kepuasan kerja dalam pasukan. Kerja berpasukan di kalangan Ketua Panitia juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja Ketua Panitia mengikut bidang dan berdasarkan jantina Ketua Panitia. Analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja Ketua Panitia mengikut Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah dalam dimensi kerja berpasukan (kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi yang berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah, tanggungjawab yang jelas dan hubungan interpersonal) dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Job stress, Job satisfaction, Special education teachers, Learning disabilities, Demographic factors |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 23 Sep 2025 10:22 |
| Last Modified: | 23 Sep 2025 10:22 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45161 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

